Pemain muda kacukan negara, Jaami Qureshi membantu kelabnya, Brighton & Hove Albion mara ke pentas akhir saingan Premier League B-17 Tahun.

Brighton menewaskan Leicester City B-17 dengan keputusan 1-0 menerusi jaringan tunggal Samy Chouchane pada awal separuh masa pertama sekaligus bakal bersepan Middlesbrough di perlawanan akhir.

Pemain kacukan negara, Jaami Qureshi dimasukkan pada minit ke-60 bagi menajamkan lagi jentera serangan Brighton namun beliau gagal menemui sentuhan jaringan.

Sepanjang saingan peringkat kumpulan dan kalah mati, Qureshi menyumbang satu gol iaitu pada perlawanan suku akhir menentang Southampton yang mana Brighton berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 6-1.

Jaami merupakan salah satu pemain muda negara yang beraksi bersama kelab di Eropah selain Luqman Hakim (KV Kortrijk) dan Amar Makruf yang baru sahaja menyertai kelab divisyen dua Sepanyol, AD Alcorcon.

Beliau sebelum ini pernah disenarai pendek bagi menyertai skuad B-19 tahun negara namun setakat ini masih tiada perkembangan lanjut.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pemain muda negara yang beraksi di Eropah di sini:

Susuk Badan ‘Sado’ Luqman Hakim Dalam Kem Latihan Kebangsaan Jadi Bualan Hangat Penyokong Harimau Malaya

Amar Makruf Sertai Kelab Divisyen Dua Sepanyol, AD Alcorcon

Jaami Qureshi Tandatangani Kontrak Selama Dua Tahun Bersama Brighton & Hove Albion