Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Saingan tertinggi dalam piramin liga bola sepak Jepun, J1 telah membuka tirai pada hujung minggu lalu. Namun, tiga pemain Thailand yang beraksi dalam saingan tersebut kurang bernasib baik apabila pasukan masing-masing mengalami kekalahan.

Chanathip Songkrasin mempamerkan aksi memberangsangkan dimana beliau menyumbang dua assist ketika Consadole Sapporo berhadapan dengan Kashiwa Reysol.

Namun, dua assist tersebut gagal untuk membantu Consadole meraih kemenangan dimana mereka tewas dengan keputusan 4-2.

Teerasil kembali ke saingan liga Jepun dengan menjaringkan gol ketika Shimizu S-Pulse berdepan dengan naib juara saingan musim lalu, FC Tokyo.

Shimizu terlebih dahulu membuka tirai jaringan namun FC Tokyo berjaya bangkit sekaligus meraih kemenangan dengan keputusan 3-1.

Theerathon Bunmathan juga gagal untuk meraih kemenangan pada perlawanan pembukaan saingan J1 apabila Yokohama F Marinos tewas kepada Gamba Osaka.

Shu Kurata dan Shinya Yajima menjadi wira bagi Gamba apabila kedua-dua pemain masing-masing menjaringkan satu gol sekaligus memberikan kemenangan kepada Gamba.

Baca artikel lain mengenai pemain Thailand yang beraksi dalam saingan Liga Jepun di sini:

‘Through pass’ Padu Theerathon Bunmathan Membelah 6 Pertahanan Sydney FC Raih Pujian Ramai

Teerasil Dangda Sarung Jersi Bernombor 23 Bersama Shimizu S-Pulse

Chanathip Songkrasin Mahu Bawa Consadole Sapporo Ke Pentas Asia Pada 2021

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group