Saingan Liga Jepun baru sahaja melabuhkan tirainya namun pengelola liga, J. League tidak membuang masa dimana mereka telah menetapkan tarikh bagi saingan musim 2020 yang mana akan bermula dengan lebih awal berbanding musim sebelumnya bagi memberi laluan kepada temasya Sukan Olimpik.

Saingan Fuji Xerox Super Cup yang dijadikan sebagai perlawanan pembukaan setiap musim dimana juara J1 dan juara Emperor’s Cup akan berentap bermula pada 8 Februari dimana perlawanan akan diadakan di Stadium Saitama. Saingan J1 pula akan bermula pada 21 Februari dan akan berakhir pada 5 Disember.

J. League
Yokohama F Marinos merupakan juara saingan J1 musim 2019. Sumber Gambar: Yokohama F Marinos

Saingan divisyen dua, J2 akan bermula pada 23 Februari dan akan melabuhkan tirainya pada 22 November manakala divisyen ketiga yang akan melibatkan 19 kelab selepas FC Imabari tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian akan bermula pada 7 Mac dan berakhir pada 13 Disember.

Ketiga-tiga divisyen akan berehat selama tiga minggu bagi memberi laluan kepada temasya Sukan Olimpik yang akan berlangsung di Tokyo.

Langkah segera yang diambil oleh J. League ini boleh dijadikan contoh oleh pengelola Liga Malaysia, Liga Bolasepak Malaysia (MFL). Jika tarikh telah ditetapkan lebih awal, maka pasukan serta peminat boleh membuat perancangan lebih awal bagi mengharungi saingan musim baharu.

Baca artikel lain mengenai saingan J. League di sini:

Andres Iniesta Tersenarai Dalam Kesebelasan Terbaik J League 2019

Pentadbir Liga Perlu Ada Perancangan Jangka Panjang – J League

Safawi Rasid Punya Kualiti Untuk Beraksi Di J League