Pihak J.League petang tadi secara rasmi mengumumkan semua perlawanan liga untuk semua 3 divisyen utama – J1, J2 dan J3 League serta saingan Piala Liga iaitu Levain Cup ditunda akibat isu COVID-19 yang semakin teruk.

Berdasarkan kemaskini melalui kenyataan rasmi dilaman web mereka, berikut adalah bilangan perlawanan yang sah ditunda mulai 28 Februari 2020;

  1. J1 League: 27 perlawanan
  2. J2 League: 33 perlawanan
  3. J3 League: 18 perlawanan
  4. YBC Levain Cup: 16 perlawanan

Jika diperhatikan, sebanyak 94 perlawanan terpaksa ditunda ke satu tarikh lain yang akan diumumkan kemudian kerana kebimbangan berkaitan isu penularan virus COVID-19 yang semakin menjadi-jadi.

Penundaan perlawanan ini juga bakal memberikan kesan kepada perjalanan liga musim ini selepas liga akan turut berehat bagi memberikan laluan kepada saingan Sukan Olimpik Tokyo yang akan berlangsung pada musim panas nanti.

Namun, pihak jawatankuasa eksekutif J.League sebulat suara membuat keputusan ini bagi mengelakkan sebarang jangkitan dikhalayak ramai jika perlawanan diteruskan ketika ini.

Selepas 15 Mac 2020 nanti, mereka akan mengadakan mesyuarat berdasarkan situasi pada ketika itu bagi memutuskan sebarang tindakan berkaitan dengan perjalanan liga sesuai dengan persekitaran untuk para penyokong.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Jepun yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Ketangkasan Kawin Thamsatchanan Kejutkan Jurulatih Sapporo, Dijangka Tersenarai Dalam Kesebelasan Utama Pasukan

JLeague Berkolaborasi Hasilkan Model Gundam Bagi Setiap Kelab J1 League Musim 2020

Jersi ‘Fullset Player Issue’ Vissel Kobe Dijual Pada Harga RM1,320 Sehelai Kejutkan Peminat Bola Sepak Malaysia