Japan Professional Football League (j.League) melalui kenyataan rasmi Pengerusi mereka – Mitsuru Murai, menyatakan organisasi itu bersedia menawarkan pinjaman kecemasan kepada semua kelab yang berada dibawah organisasi mereka untuk berdepan situasi kritikal ketika ini.

Melalui artikel yang disiarkan oleh Nikkan Sports semalam, badan penganjur liga bola sepak profesional Jepun itu memiliki dana khusus untuk pinjaman tersebut jika diperlukan oleh kelab.

Berdasarkan jumlah yang disebut, setiap kelab dalam saingan J1 League boleh memohon bantuan pinjaman kecemasan tersebut dengan jumlah maksimum JPY350 juta atau sekitar RM14 juta untuk setiap kelab, dimana saingan divisyen tertinggi liga bola sepak Jepun ini mempunyai 18 buah pasukan bertanding.

Untuk kelab dalam saingan J2 League pula, pinjaman kecemasan maksimum yang dibenarkan adalah JPY150 juta atau RM6 juta dan J2 League mempunyai 22 pasukan bertanding.

Bagi kelab dalam saingan J3 League pula had maksimum pinjaman kecemasan adalah JPY30 juta atau RM1.2 juta dengan 19 buah pasukan bertanding.

Jika diperhatikan, J.League selaku penganjur liga menawarkan pakej seperti ini untuk memberikan pilihan kepada pasukan yang mungkin mempunyai masalah kewangan yang teruk, tetapi mereka akan menapis semua permohonan yang dibuat dan menentukan nilai yang bersesuaian mengikut situasi pemohon.

Selain itu, tempoh bayaran balik pinjaman juga dilanjutkan dari 1 tahun kepada 3 tahun untuk meringankan beban serta membolehkan kelab kembali menyusun strategi baru memulihkan tahap kewangan mereka.

5449b697-c41c-6895-060f-ad148e0b7afd

Mengikut koresponden kami di Jepun, pihak J.League akan memotong belanjawan operasi mereka selain menarik balik banyak pelaburan mereka yang sedia ada. Disamping itu mereka juga akan membekukan semua perancangan perniagaan jangka masa sederhana sehingga tahun 2022.

Ini bukan kali pertama mereka melakukan perkara ini kerana (sebagai contoh), kelab Oita Trinita berdepan risiko muflis namun J.League membantu memberikan pinjaman sekitar RM26 juta bagi menyelamatkan kelab itu.

Nota: Adalah penting untuk kita lihat dan pelajari bahawa penganjur liga mereka mempunyai perancangan kewangan yang solid termasuk mempunyai pelbagai jenis pelaburan untuk menjaga kestabilan kewangan dan aset serta bola sepak umumnya.

Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.

Skuad Filipina Bakal Terjejas Teruk Jika Kelab Thai League Tidak Melepaskan Pemain Sertai AFF Suzuki Cup 2020

Media Thailand ‘Berpakat’ Beri Petua Bagaimana Vietnam Boleh Tewaskan Malaysia Dalam Kelayakan Piala Dunia 2022

“Secara Peribadi Nguyen Quang Hai Adalah No.1, Tetapi Dalam Bola Sepak Kelas Dunia Dia Adalah Nothing”

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group