Selepas 3 bulan ditangguhkan kerana penularan wabak pandemik COVID-19, badan pengendali liga terbaik Asia (J. League) pada jumaat lepas mengumumkan perancangan mereka untuk menyambung semula perlawanan divisyen satu pada 4 Julai depan.

Bagaimanapun, setiap pasukan akan menentang lawan yang terdekat untuk mengurangkan tempoh pejalanan dan beberapa langkah lain akan diperkenalkan untuk mengurangkan risiko dijangkiti wabak tersebut.

Tarikh perlawanan telah diluluskan oleh jawatankuasa eksekutif setelah panel pakar perubatan kerajaan Jepun memberi J. League dan Nippon Professional Baseball lampu hijau untuk meneruskan saingan liga mulai pertengahan Jun.

“Setiap wilayah mempunyai keadaan yang berbeza. Hokkaido masih dalam keadaan darurat sehingga pemain tidak dibenarkan keluar dari rumah. Beberapa pasukan masih memerlukan masa sebelum mereka boleh memulakan sesi latihan penuh,” kata Pengerusi J. League, Mitsuru Murai.

Saingan divisyen 2 dan divisyen 3 dijangka akan bermula pada 27 Jun seminggu lebih awal daripada J. League. Jadual perlawanan baharu semua divisyen ini akan diumumkan pada 15 Jun.

Namun sejak kelmarin, beberapa kelab J. League sudah mula turun menjalani sesi latihan pertama mereka setelah berehat hampir 3 bulan.

Juara bertahan, Yokohama F. Marinos antara pasukan pertama yang telah memulakan sesi latihan penuh untuk mengembali semula tahap kecergasan mereka.

“Gembira rasanya dapat melihat semua orang senyum. Akhirnya, kami semua boleh bermain bola sepak bersama-sama,” kata pemain paling bernilai J. League 2019, Teruhito Nakagawa.

‰¡•l‚lE’‡ì
FOTO: YOKOHAMA F. MARINOS / VIA KYODO

Ketika sesi latihan Marinos, pemain dibahagikan kepada dua kumpulan dan mereka tidak dibenarkan bersentuhan diantara satu sama lain. Mereka juga tidak boleh berkongsi air minuman dan perlu mengamalkan penjarakan sosial.

Kashiwa Reysol and Consadole Sapporo turut menjalani latihan pada hari isnin lepas. Manakala Vissel Kobel, Gamba Osaka, Cerezo Osaka serta Nagoya Grampus hanya menjalani latihan penuh selepas berlatih dalam kumpulan yang kecil.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Jepun melalui pautan dibawah.

Andres Iniesta Tersenarai Dalam Kesebelasan Terbaik J League 2019

J.League Sediakan ‘Pinjaman Kecemasan’ Berjumlah RM480 Juta Untuk Semua 58 Buah Kelab

3 Bulan Dalam Saingan Thai League 1, Bekas Pengurus Kashima Antlers Ceritakan Perbezaan Dengan J.League