Penjaga gol senior skuad kebangsaan Singapura, Izwan Mahbud meneruskan pengembaraanya di Thailand apabila kali ini beliau sah menyertai kelab Thai League 1, Samut Prakan City FC.

Izwan mula beraksi di Thailand pada 2018 lalu dimana beliau menyertai Nongbua Pitchaya yang ketika itu beraksi dalam saingan Thai League 2. Penjagag gol berusia 30 tahun itu beraksi selama dua musim bersama Nongbua sebelum menerima tawaran Trat FC sekaligus beraksi di Thai League 1.

Akan tetapi, Izwan hanya sempat beraksi sebanyak tiga perlawanan sebelum saingan liga Thailand dihentikan ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19) yang sedang melanda dunia ketika ini.

Pengurusan Trat kemudiannya memutuskan untuk melepaskan Izwan namun pemenang Piala AFF Suzuki 2012 itu tidak perlu menunggu lama untuk mendapat kelab baharu dimana Samut Prakan terus memberikan kontrak kepada beliau.

Bersama Samut Prakan, penjaga gol yang pernah beraksi di Liga Malaysia bersama Lions XII itu bakal memakai hersi bernombor 96.

Baca artikel lain mengenai saingan Thai League 1 di sini:

RASMI: Mohamadou Sumareh Diumumkan Sebagai Pemain Baru Police Tero FC

Thitiphan Puangjan Mahu Bawa BG Pathum United Ke Saingan ACL Musim Hadapan

Naib Presiden BG Pathum United Nafi Kelab Mahu Tandatangani Diogo Luis Santo