Persatuan Bola Sepak Emiriah Arab Bersatu (UAE FA) semalam telah mengumumkan Ivan Jovanovic sebagai pengendali baharu pasukan kebangsaan mereka bagi menggantikan tempat Bert Van Marwijk yang dipecat selepas dimalukan oleh Qatar dalam kejohanan Gulf Cup 2019 minggu lalu.

Jurulatih yang berasal dari Belanda itu dilantik untuk mengemudi pasukan UAE pada 20 Mac lalu, dan hanya sempat mengendalikan pasukan kira-kira 8 bulan 15 hari sahaja.

Ivanovic dipilih berdasarkan pengalamannya membimbing kelab Al Nasr pada musim 2013 hingga 2018 dan pernah membawa kelab tersebut mara ke peringkat suku akhir AFC Champions League pada tahun 2016.

Malah, pengendali dari Serbia tersebut turut mempunyai pengalaman membimbing kelab eropah, APOEL FC dan membawa mereka mara ke suku akhir UEFA Champions League buat kali pertama dalam sejarah kelab itu pada musim 2011/2012.

EMaAh_UXYAIOYBh

FOTO: UAE FA

Pengerusi jawatankuasa skuad kebangsaan, Sheikh Rashid Humaid Al-Nuaimi berkata, Ivanovic diberi tugas untuk memastikan kemaraan UAE ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022 dan tiket automatik ke Piala Asia 2023 bermula dengan pertemuan menentang Malaysia pada 26 Mac 2020.

“Keutamaan kami ialah skuad kebangsaan kerana kami mahu layak dan beraksi di Piala Dunia 2022 dan pemilihan Jovanovic bertepatan dengan kriteria yang ditetapkan oleh jawatankuasa termasuk pengetahuannya dalam bola sepak UAE.

“Kami juga yakin dengan kemampuan Jovanovic untuk memulihkan semula prestasi pasukan bagi mengharungi baki perlawanan penting yang akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, UAE kini berada di kedudukan keempat kumpulan G dengan 6 mata selepas 4 perlawanan. Prestasi mereka ketika dibawah bimbingan Van Marwijk tidak begitu memuaskan apabila tewas kepada dua pasukan Asean, Vietnam dan Thailand.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak UAE melalui pautan dibawah.

Prestasi Buruk Tewas 4 Dari 5 Perlawanan Terakhir, UAE Pecat Ketua Jurulatih Bert Van Marwijk

UAE Guna ‘Drone’ Untuk Pantau Sesi Latihan Menjelang Pertemuan Dengan Malaysia

Bert van Marwijk: Malaysia Miliki Pemain Yang Pantas Dan Kemahiran Teknikal Yang Baik

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group