Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel mengatakan dia “terkejut” dengan reaksi terhadap Manchester United yang tidak diberi penalti dalam keputusan Liga Perdana Inggeris tanpa gol hari Ahad.

United merasa terkilan berikutan pengadil menolak untuk memberikan sepakan penalti pada separuh pertama.

Pengadil Stuart Attwell memeriksa monitor di padang untuk melihat apakah sepakan penalti seharusnya diberikan kepada United ketika bola melantun terkena pada tangan Callum Hudson-Odoi yang agak tinggi, ketika pemain itu sedang berebut bola dengan  Mason Greenwood.

Attwell diminta oleh VAR meninjau semula insiden itu selepas dia memutuskan itu bukan penalti. Selepas melihat monitor VAR, Atwell kekal dengan keputusannya untuk tidak memberikan penalti.

Tuchel memberitahu wartawan: “Bagi saya, ia tidak ada penalti. Saya terkejut dan saya masih terkejut [pada reaksi].

“Saya tidak melihatnya secara langsung dari mana punca penalti yang mereka minta itu. Dan ketika kami memeriksa gambar yang kami miliki, saya tidak melihat insiden yang sepatutnya layak sebagai penalti. Sampai sekarang saya tidak tahu mengapa ia harus ia dikatakan penalti?”

Chelsea masih tidak terkalahkan sejak Tuchel menggantikan Frank Lampard.

Chelsea berada di kedudukan kelima dalam Liga Perdana Inggeris, satu mata dari empat teratas, enam mata di belakang United di tempat kedua dan 18 mata dari pendahulu Manchester City melalui 26 pusingan.

“Ini akan menjadi keputusan yang besar. Kami mencuba segalanya untuk menang, bersiap sedia tanpa memikirkan tujuan lain, selain menang,” kata Tuchel.

“Kami berada di tengah-tengah pertempuran untuk 4 teratas. Kami telah menutup jurang dengan cepat dan sekarang adalah saat untuk bertahan dan menunjukkan persembahan setiap tiga atau empat hari.”

“Saya merasakan pasukan ini sangat kompetitif dan sukar untuk dilawan. Kami akan dapat memenangi permainan. Kami masih dalam persaingan merebut 4 teratas, dan itulah berita baik.”

Baca juga perkembangan lain

TERKINI: Bartomeu Dan CEO Semasa Barca Ditahan Kerana Skandal ‘Cybertrooper’ Burukkan Pemain Sendiri

Adakah Mourinho Sindir Zidane?

Solskjaer Kritik Pengadil & Frank Lampard: “2 Mata Kami Dirompak”