Itali terlepas Piala Dunia buat kali kedua berturut-turut selepas tersingkir – sekali lagi – dari pusingan separuh akhir playoff di tangan Macedonia Utara.

Hanya sembilan bulan yang lalu, mereka memenangi Euro, Itali mengalami satu lagi keaiban negara di pentas Piala Dunia selepas terlepas ke Piala Dunia pada 2018.

Jaringan lewat yang menakjubkan oleh Aleksandar Trajkovski pada minit ke-92ย  menjadi gol yang menyebabkan Itali terkeluar dari playoff kelayakan. Gagal menepati ramalan untuk berdepan Portugal dalam pusingan akhir play off.

Itali tidak berdaya untuk membalas gol pada masa kecederaan tersebut.

Gelanggang permainan, di Palermo, sangat serasi dengan Trajkovski, yang menghabiskan empat musim bermain untuk kelab Itali itu antara 2015 sehinga 2019.

Itali telah layak ke setiap edisi Piala Dunia antara 1962 dan 2014 sebelum terlepas dalam pusingan playoff kelayakan menjelang pertandingan 2018, dan hanya terlepas Piala Dunia sekali dalam sejarahnya sebelum kegagalan buat kali kedua berturut-turut.

Kekalahan itu adalah kekalahan kelayakan Piala Dunia pertama Itali di laman sendiri.

Ia bukan disebabkan kekurangan penguasaan bola atau percubaan di sepertiga terakhir.

Walaupun mengatasi Macedonia Utara dengan kiraan 32โ€“4 dari segi percubaan ke arah gol, namun Itali hanya berjaya melakukan lima percubaan tepat sahaja.

Macedonia Utara menjadi berita utama setahun lalu dengan memberikan Jerman kekalahan pertama kelayakan Piala Dunia sejak 2001, mematahkan rekod tanpa kalah juara dunia 2014 itu dalam 35 perlawanan dalam kelayakan Piala Dunia.

Ia adalah satu pengajaran yang gagal diambil iktibar oleh Azzurri. Itali sebelum ini menebus kegagalan mereka mara ke Piala Dunia 2018 dengan kejayaan menjulang Euro 2020. Mereka mencatatkan rekod tanpa kalah paling panjang di peringkat antarabangsa.

Malangnya, kebangkitan itu tersentak sekali lagi dengan kegagalan ke Piala Dunia Qatar. Mereka kini hanya boleh mengintai slot kelayakan ke Piala Dunia 2026, 4 tahun lagi. Di mana ketika itu Itali kali terakhir mara ke Piala Dunia pada 12 tahun sebelumnya.

Itali terpaksa beraksi di playoff selepas seri empat perlawanan daripada lapan aksi kelayakannya, termasuk dua perlawanan terakhir pada November untuk menduduki tempat kedua kumpulan.

Bagaimanapun, perlawanan separuh akhir menentang Macedonia Utara tidak dijangka menjadi perlawanan yang memberi masalah dengan mereka dijangka akan beraksi di final playoff menentang Portugal, yang menewaskan Turki pada Khamis.

Pada perlawanan separuh akhir playoff kelayakan Piala Dunia yang lain, Wales menewaskan Austria 2-1 hasil dua gol jaringan Gareth Bale.

Manakala Sweden menewaskan Republik Czech 1-0 dalam masa tambahan menerusi jaringan Robin Quaison. Wales akan menentang pemenang Scotland-Ukraine (separuh akhir mereka ditangguhkan ke bulan Jun kerana pencerobohan Rusia ke atas Ukraine), manakala Sweden akan menentang Poland, yang menerimaย bye ke final playoff berikutan penyingkiran Rusia daripada kelayakan.