Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Football League (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan mengakui kes tinggi berkenaan tunggakan gaji yang dicatatkan bukanlah merupakan kepada petunjuk kurang baik dalam Liga Malaysia.

Seperti dilaporkan sebelum ini, sebanyak 147 kes tunggakan gaji melibatkan permohonan bekas pemain dari Malaysia telah diluluskan dan menerima geran program ‘FIFA Fund for Football Players’.

Jumlah tersebut menjadikan Malaysia di kedudukan kedua selepas Greece yang merekodkan kelulusan permohonan kes terbanyak iaitu sebanyak 291.

Program yang turut dikenali sebagai FIFA FFP itu merupakan jalinan kerjasama melibatkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Persekutuan Antarabangsa Pemain Bola Sepak Profesional (FIFPro).

Memetik sumber BH Sukan, Ab Ghani berpendapat inisiatif jumlah tinggi melibatkan Liga Malaysia itu adalah berikutan sikap telus Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan MFL dengan melaporkan kes kepada FIFA bagi menyelesaikan masalah dihadapi para pemain.

“Malaysia mencatatkan kes tinggi kerana kita mengambil inisiatif melaporkan masalah berkenaan untuk diselesaikan sehingga ke FIFA.”

“Kemungkinan negara lain juga berlaku tunggakan gaji, namun mereka mengambil pendirian tidak melaporkannya atau membentangkan kepada umum.

“Kes tinggi itu bukanlah menggambarkan Liga Malaysia teruk atau parah berkaitan soal pembayaran gaji namun lebih kepada yang dilaporkan kepada FIFA sahaja.” ujar Ab Ghani bercakap kepada wartawan BH Sukan.

Baca artikel lain dari kami mengenai masalah tunggakan gaji:

TERKINI: Kecewa Tak Dapat Gaji, Pemain Perak Boikot Sesi Latihan

3 Perkara Penting Dalam Kenyataan Balas PFAM Berkaitan Tuntutan Tunggakan Gaji 5 Bekas Pemain Kelantan FC

Bekas Pemain Tuntut Kuantan FA Dan Marcerra United Langsaikan Tunggakan Gaji Sebelum Diheretkan Ke Mahkamah Sivil

Sumber