Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Baru-baru ini peminat bola sepak tempatan dikejutkan dengan berita pasukan Pahang yang diarah membayar US$1.2 juta (RM4.9 juta) kepada bekas pemain mereka, Mohamadou Sumareh kerana kegagalan melunaskan tunggakan gaji selama beberapa bulan.

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memberikan tempoh selama 45 hari kepada Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) untuk melangsaikannya dan jika tidak, mereka akan berdepan sekatan perpindahan serta pemotongan mata liga.

Namun begitu, satu lagi pasukan dari Liga Malaysia, Melaka United turut berdepan risiko dikenakan hukuman sekatan perpindahan kerana kegagalan mereka melunaskan tunggakan gaji bekas pemain import dari Thailand, Narupon Putsorn Wild.

Menurut laporan daripada New Straits Times, Melaka United telah melepasi tempoh 45 hari (bermula 12 November) selepas FIFA telah mengarahkan mereka untuk melangsaikan tunggakan gaji bekas pemain Buriram United itu sebanyak RM241,726.69.

Narupon mendakwa Melaka United sehingga kini tidak membuat sebarang bayaran dan beliau juga menerima maklum balas daripada FIFA yang sedia mengambil tindakan tegas selepas ini.

“Kami telah dapat makluman rasmi dari FIFA, dan mereka mengakui Melaka tidak mematuhi kewajiban kewangan mereka setelah mendapat keputusan badan induk dunia itu,” kata Narupon.

“Dalam hal ini, Majlis Penyelesaian Pertikaian (DRC) merujuk kepada akibat atau kegagalan mematuhi (pelan penyelesaian) akan mengakibatkan penggantungan pendaftaran (pemain baharu) sehingga jumlah penuh hutang dilangsaikan.

“Pemiutang yang merupakan ahli gabungan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) perlu dilaksanakan sekatan perpindahan bermula tempoh pendaftaran (pemain),” katanya kepada NST.

narupon-800×533

Naruphon Putsorn. FOTO: Melaka United

FIFA juga turut mengambil kira pemotongan gaji 30 peratus yang dikenakan kepada pemain Melaka semasa wabak Covid-19 tahun lalu.

“Tidak dapat dipastikan dengan jelas bahawa kelab telah berusaha untuk berunding dengan pemain secara baik. Dari maklumat di dalam fail, kelab telah memutuskan untuk menangguhkan kontrak pemain dan pengurangan gaji 30 persen.

“Dokumen, bertarikh 20 April, diserahkan bersama surat balasan dari kelab, dengan jelas menyebutkan bahawa tidak ada persetujuan yang dicapai dengan pemain untuk pengurangan gaji,” jelasnya.

Sementara itu, seorang lagi bekas pemain, Curran Singh Ferns turut meluahkan perkara yang sama melalui laman instagramnya semalam dan menegaskan Melaka United sepatutnya dihukum oleh FIFA.

Jawatankuasa Status FAM dalam mesyuaratnya pada Januari lalu telah mengarahkan Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) membayar tunggakan gaji sebanyak RM97,500.00 kepada pemain tersebut.

2

“Baru lepas sembang dengan pemain yang heret MUSA ke FIFA. FIFA kenakan larangan perpindahan pemain sebab hutang gaji lepas luput tempoh 45 hari diberikan oleh FIFA.

“Melaka United turut gagal melunaskan gaji mengikut tempoh akhir pelan pembayaran pada 31 Januari dan diberikan sehingga 17 Februari untuk membayar gaji saya. Mereka sepatutnya dihukum,” katanya

Baca artikel lain mengenai isu yang melibatkan Melaka United melalui pautan dibawah. 

Gagal Lengkapkan Dokumen Pelesenan Kelab, Melaka United Bakal Beraksi Di Liga M3?

Peminat Kecam Tindakan Setiausaha Agung Melaka United Pakai Jersi Liverpool Di Majlis Rasmi

Logo Baru Kelab Melaka United FC ‘Kantoi’ Diubahsuai, Logo Asal Milik Syarikat Bare Blends Dari Australia?

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group