Isu tunggakan gaji pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh kini memasuki episod baharu apabila Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah mengarahkan Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) membayar US$1.2 juta (RM4.9 juta) kepada bekas pemain mereka itu.

Perkembangan itu disahkan menurut laporan daripada New Straits Times hari ini.

Sumareh sebelum ini mengambil tindakan untuk membuat aduan rasmi ke FIFA kerana tidak dibayar gaji selama beberapa bulan ketika bersama skuad tok gajah musim lepas sehingga klausa 8.7 diaktifkan.

Beliau telah menandatangani kontrak dengan Pahang sehingga 2022 dan mempunyai kenaikan gaji sebanyak AS$ 5,000 (RM20,362) setahun pada musim kedua. Namun begitu, FIFA mendapati Pahang gagal membayar gaji mengikut kontrak yang telah ditandatangani.

Mohamadou-Sumareh-1
Aksi Sumareh ketika bersama Pahang.

Jumlah US$1.2 juta yang diumumkan oleh FIFA adalah jumlah hutang dalam tahunan ditambah pula dengan pelanggaran kontrak untuk musim 2020 dan 2021. Ini adalah jumlah terbesar yang telah diraihkan oleh pemain dari Liga Malaysia.

Pahang FA diberi tempoh selama 45 hari untuk menyelesaikan tunggakan gaji itu. Mereka juga boleh membawa kes tersebut ke Mahkamah Timbang Tara sukan jika alasan yang dikemukakan oleh FIFA tidak cukup kuat untuk menghukum mereka.

Kegagalan membayar tunggakan gaji kepada Sumareh menyaksikan Pahang bakal dikenakan hukuman sekatan perpindahan dan juga pemotongan mata liga.

Sebelum ini, PBNP menafikan pemain yang berusia 26 tahun itu tidak dibayar gaji kerana semua urusan pembayaran sudah diselesaikan berdasarkan perjanjian yang dipersetujui bersama pada 26 Ogos 2020.

Baca artikel lain mengenai isu tunggakan gaji Sumareh yang pernah dilaporkan sebelum ini melalui pautan dibawah.

PBNP Nafi Tidak Bayar Gaji, Sumareh Keluar Tanpa Berbincang Dengan Pihak Pengurusan

FAM Beri Kronologi Kes Sumareh Tepis Tuduhan Pahang, PBNP Patut Bertanggungjawab Elak Klausa 8.7 Diaktifkan

PBNP: Mohamadou Sumareh Didapati Bersalah Atas 4 Pertuduhan, Digantung 2 Tahun Dari Sebarang Aktiviti Bola Sepak

PBNP Anggap Mohamadou Sumareh Tidak Mengenang Budi

Adakah Ini Klausa 8.7 Yang Menyebabkan Kontrak Sumareh Bersama Pahang FA Terbatal?