Memasuki musim baru 2018, pelbagai perkara positif sudah dapat dilihat berbanding musim-musim lalu terutamanya berkaitan siaran langsung serta penajaan liga. Namun isu tunggakan gaji yang masih belum diselesaikan samada diperingkat FAM malahan FIFA masih tetap berjalan.

Menurut satu imej yang diterima, terdapat 9 pasukan dalam liga bola sepak Malaysia 2018, masih mempunyai kes tunggakan gaji yang belum diselesaikan.

Unifi Liga Super Malaysia 2018

  1. Kelantan : Mempunyai 4 kes diperingkat FIFA dan 2 kes diperingkat FAM
  2. Melaka : Mempunyai 2 kes FIFA
  3. PKNS: Mempunyai 1 kes FIFA dan 1 kes FAM
  4. Perak: Mempunyai 1 kes FIFA
  5. Pahang: Mempunyai 1 kes FAM
  6. PKNP FC: Mempunyai 2 kes FAM

9.jpg.transformed_8

100PLUS Liga Premier Malaysia 2018

  1. Kuantan FA: mempunyai 6 kes FIFA dan 21 kes FAM
  2. Pulau Pinang: Mempunyai 1 kes FIFA dan 3 kes FAM
  3. Sarawak FA: Mempunyai 1 kes FIFA dan 2 kes FAM
  4. Felcra FC: Mempunyai 1 kes FAM

Piala FAM 2018

  1. ATM FA: Mempunyai 1 kes FIFA
  2. Perlis FA: Mempunyai 2 kes FIFA dan 1 kes FAM

Berdasarkan dari informasi diatas, jelas dapat dilihat 12 pasukan mempunyai kes samada dengan FIFA atau FAM berkaitan isu tunggakan gaji para pemain sehingga musim 2017.

Bilangan kes tertinggi yang direkodkan adalah dari pasukan Kuantan FA yang mempunyai 27 kes, diikuti Kelantan dengan 6 kes. Keseluruhan kes berjuml;ah 54 kes dan separuh daripadanya adalah dari pasukan Kuantan FA.

Menurut Berita Harian, kes yang disenaraikan dikatakan masih menunggu keputusan daripada FIFA dan ada daripadanya sudah diputuskan seperti kes membabitkan Kuantan FA yang diarahkan oleh Jawatankuasa Status FAM untuk melunaskan tunggakan gaji berjumlah RM145,250 kepada enam pemain sebelum 15 Januari lalu.