Rentetan pendedahan yang meluas mengenai isu tunggakan elaun pemain-pemain pasukan Piala Belia dan Piala Presiden Kelantan beberapa hari yang lalu, pihak KAFA telah bertindak menghantar surat kepada FAM semalam.

Menurut sumber kami, surat penjelasan dari KAFA itu telah diterima dan FAM akan meneliti serta menyiasat isu tersebut sebaik mungkin.

Selain itu, FAM juga dilaporkan masih tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung isu tunggakan gaji itu dari pihak PFAM sehingga kini untuk mereka meneruskan proses penyiasatan isu tersebut.

TERKINI: 51 Pemain Piala Belia Dan Piala Presiden Kelantan Buat Laporan Kepada PFAM, Habuk Pun Tak Ada Tahun 2020

Sebelum ini, VocketFC telah menerbitkan artikel dimana ada pemain skuad Piala Belia dan Presiden Kelantan yang telah tidak menerima gaji sehingga 7 bulan dan kami juga berjaya mendapatkan maklum balas dari pemain-pemain sendiri untuk mengesahkan perkara itu.

Seramai 51 orang pemain dimana 29 dari skuad Piala Belia dan 22 dari Piala Presiden Kelantan sudah membuat laporan kepada PFAM dan akan diperhalusi sebelum sebarang tindakan diambil.

“Masih Main Lagi..Sebab Sayang Dan Jiwa Kita Tetap Dengan Kelantan. Tapi Orang Buat Kita Macam Pengemis!”

Lebih mengejutkan adalah bukan sahaja gaji, tetapi perbelanjaan latihan serta perlawanan ditempat lawan juga tidak diberikan oleh KAFA dan hanya mengharapkan pengurusan skuad Piala Belia dan Piala Presiden mengeluarkan wang sendiri bagi urusan perbelanjaan pasukan.

Diharapkan semoga pihak FAM akan melakukan siasatan menyeluruh mengenai isu ini kerana telah menjejaskan bukan sahaja karier bola sepak pemain tetapi mampu menutup peluang kerjaya lain yang datang kerana kekangan kewangan yang dihadapi.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak ASEAN yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Thailand Dan Indonesia Sibuk ‘Claim’ Pemain Ipswich Town, ‘Center Back’ 1.94 Meter Berusia 17 Tahun

Nguyen Quang Hai Dikecam Teruk Oleh Netizen Vietnam Kerana ‘Tayang’ Mercedes Berharga RM400,000

Prestasi Dang Van Lam Makin ‘Sendu’, Vietnam Dalam Proses Naturalisasi Bekas Penjaga Gol Sparta Prague

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group