Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Baru-baru ini peminat bola sepak tempatan dikejutkan dengan kontroversi berhubung perlanggaran peraturan perlawanan oleh pasukan TRW Kelantan ketika menentang Negeri Sembilan dalam aksi Liga Premier pada 27 Ogos 2021.

Perlawanan itu dimenangi oleh Kelantan, 2-1 namun Negeri Sembilan telah mengemukakan bantahan kerana tuan rumah didakwa membuat pertukaran pemain sebanyak 4 kali.

Setiap pasukan dibenarkan membuat lima pertukaran pemain, tetapi pertukaran hanya boleh dibuat sebanyak 3 kali sahaja supaya tidak menggangu kelancaran perlawanan sekaligus mendedahkan kecuaian pegawai perlawanan itu.

Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam mesyuaratnya hari ini yang dipengerusikan oleh Dato’ S. Sivasundaram selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM telah membuat keputusan untuk menggantung 4 pegawai perlawanan tersebut selama 3 bulan berkuat kuasa serta-merta.

Selepas tamat penggantungan itu, kesemua pegawai perlawanan tersebut seterusnya akan hanya dilantik untuk tugasan bagi perlawanan Piala Presiden dan Piala Belia selama sembilan bulan.

FOTO: FAM

“Mereka juga akan dirujuk kepada Pegawai Pembangunan Pengadil Negeri dan Pengurus Pembangunan Pengadil FAM untuk mengikuti program penambahbaikan prestasi sebelum boleh dinaikkan semula bagi mengadili perlawanan Liga Premier selepas tempoh tersebut.

“FAM berharap agar insiden yang telah berlaku ini akan menjadi pengajaran berguna kepada kesemua pengadil kebangsaan supaya menjalankan tugas dengan penuh fokus dan komited pada setiap perlawanan yang akan datang,” kata kenyataan rasmi daripada Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar.

Malaysian Football League (MFL) sebelum ini mengadakan mesyuarat khas pada 3 September lalu dan difahamkan Kelantan telah dikenakan denda sebanyak RM30,000 serta diberikan amaran keras.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Selepas Piala Belia Dan Piala Presiden, Giliran Liga Futsal Pula Dibatalkan

Liga Super: Ifedayo Olesegun Pecahkan Rekod Mohamad Ghaddar

Perak Sasar Juara Liga Premier Musim Depan

Tomas Trucha: Peluang Penang Untuk Jadi Naib Juara Liga Super 50-50

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group