Beberapa hari lalu, peminat bola sepak tempatan dikejutkan dengan insiden pergaduhan diantara dua pemain Kelantan United iaitu Gassama Alfusainey dan Zafuan Azeman selepas tamat perlawanan perlawanan Liga Premier menentang Perak.

Disebabkan oleh insiden tersebut, dua pemain itu dihantar pulang dan tidak dibenarkan beraksi pada perlawanan menentang JDT II di Stadium Larkin pada hari ahad lepas.

Bagaimanapun, isu tersebut telah pun selesai setelah kedua-dua pemain mengakui kesalahan masing-masing dan berdamai demi kepentingan Kelantan United FC. Menurut Gassama, dia memohon maaf kepada pihak kelab, MFL, pegawai, jurulatih dan semua pemain atas tindakannya di Perak, tempoh hari.

230279315_2131454020328522_6644582189215555376_n

“Ekoran kegagalan mengawal emosi menyaksikan kad merah terus dilayangkan kepada Gassama setelah mengasari Zafuan sebaik wisel tamat dibunyikan pengadil bertugas. Zafuan Azeman turut melahirkan rasa kesal atas kejadian berkenaan dan mengangggap isu itu selesai sebaik sahaja bertemu Gassama.

“Dia memohon maaf kepada pihak kelab dan jurulatih serta rakan sepasukan atas insiden berkenaan. Zafuan juga bertekad memberikan sepenuh komitmen seterusnya membantu Kelantan United FC menamatkan musim ini di kedudukan terbaik dalam carta Liga Premier,” tulis kenyataan rasmi daripada Kelantan United.

Kelantan united turut menegaskan insiden itu tidak melibatkan kata perkauman atau hal lain yang lebih teruk tetapi masalah komunikasi pemain dalam menterjemahkan arahan ketua jurulatih ketika perlawanan hampir ditamatkan.

“Pihak Kelantan United Football Club (KUFC) menyambut baik sikap profesional pemain untuk kembali berdamai demi kepentingan kelab dan pasukan seterusnya memberi sepenuh fokus membantu Kelantan United FC menamatkan baki 6 perlawanan Liga Premier seterusnya berada di kedudukan terbaik carta liga.

“Pihak pengurusan kelab berharap insiden ini tidak berulang lagi demi menjaga nama baik kelab dan pasukan dalam saingan Liga Malaysia,” kata kenyataan rasmi.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah. 

Safee Sali Disahkan Demam Denggi, Bojan Hodak Pertaruhkan Romel Morales Di Posisi Serangan

Dickson Nwakaeme Umum Persaraan Daripada Sukan Bola Sepak

Pasukan Kedah Dikuarantin Sehingga 14 Ogos

Khalid Jamlus Mahu Bantu Tajamkan Barisan Serangan Perak Secara Percuma