Pemain kebangsaan Darren Lok kini dikaitkan dengan berita bakal sertai pasukan Sabah FC untuk musim hadapan.

Rumors Darren Lok bakal sertai Sabah semakin bertiup kencang selepas isterinya mencari rumah untuk disewa di Sabah. 

Dalam satu post di kumpulan Facebook Sabah Property, isteri Darren Lok, Abigail Mary Ryan menulis:

“Saya dan suami saya dalam proses berpindah ke Kota Kinabalu pada Disember atau Januari, dan ketika ini sedang mencari rumah untuk disewa.”

“Kami suka dengan D’Banyan Residency, ada tak sesiapa yang tahu ada mana mana unit untuk disewa di sini? Terima kasih.”

https://twitter.com/AfiqShari/status/1585796292038754305

Daripada hantaran tersebut, maka peminat peminat bola sepak mulai yakin bahawa pemain itu akan menyertai skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee di Sabah.

Sabah musim ini menamatkan saingan di tangga ketiga. Pencapaian yang menurut Datuk Ong Kim Swee sebagai pencapaian yang melepasi sasaran pengurusan tertinggi Sabah FC yang mahu mereka menamatkan saingan di 5 teratas.

Walaupun sedang menghadapi kempen Piala Malaysia 2022, Sabah FC dilihat sudah mempersiapkan diri untuk musim hadapan.

Darren Lok sudah dikaitkan dengan perpindahan ke Sabah sejak beberapa minggu yang lalu. Namun buat masa ini masih belum ada apa yang rasmi dilaporkan tentang perkara itu.

Lebih lebih lagi ketika ini, dia menumpukan perhatiannya bersama dengan PJ City untuk kempen Piala Malaysia.

Lok antara pemain yang seringkali dipanggil untuk mewakili skuad kebangsaan terutama sekali di bawah Kim Pan-gon.

Pemain berusia 31 tahun itu juga pernah menyarung jersi JDT dan Terengganu FC sebelum berpindah ke PJ City.

Ketika bersama PJ City dia menyerlahkan keupayaannya dan mendapat lebih banyak minit permainan di sana.

Hasilnya, Darren Lok berjaya menjadi pemain yang menempatkan diri dalam kalangan pemain pemain kebangsaan.

Sebagai tambahan, Darren Lok beraksi dalam aksi pembukaan Piala Malaysia 2022 menentang JDT. Di mana PJ City tunduk 0-4 kepada juara Liga Super Malaysia itu.