Hiba Abouk iaitu isteri kepada Achraf Hakimi, baru baru ini menyatakan bahawa dia memfailkan penceraian ke atas suaminya dan menuntut sebahagian besar harta daripadanya.

Ini selepas pemain itu disiasat atas tuduhan memperkosa. Dan peguamnya cuba untuk memperjuangkan agar Hiba Abouk mendapat lebih separuh daripada harta Achraf Hakimi.

Isteri Achraf Hakimi: “Saya Sentiasa Di Pihak Mangsa”

Tuntutan itu benar benar tinggi. Ini keranaAchraf Hakimi merupakan salah seorang penerima gaji tertinggi di Ligue 1. Dia menerima kira kira €1 juta sebulan dengan gajinya yang ada.

Namun Hiba Abouk, menurut Sportskeeda, dia tidak dapat menuntut aset daripada Hakimi kerana pemain itu tidak ada harta atas namanya.

Akaun bank atas nama Hakimi turut tidak memiliki jumlah wang yang besar.

Ke mana semua harta Achraf Hakimi?

Achraf Hakimi memutuskan untuk meletakkan dan mendepositkan segala asetnya atas nama ibunya.

Laporan dari Perancis menyebut, setiap bulan, Hakimi hanya mengambil 10-20% (mengikut keperluan) daripada pendapatannya. Dan selebihnya, kira kira 80% akan disimpan atas nama ibunya.

Jadi, Hiba Abouk kini tidak mendapat sebarang harta yang dimahukannya daripada penceraian ini. Yang ada hanyalah sejumlah kecil wang di akaun Hakimi untuk dibahagikan.

Jika Hiba Abouk mahu mendapatkan sebahagian harta itu, ianya atas budi bicara ibu Achraf Hakimi.

Tindakan Hakimi itu benar benar mengejutkan ramai pihak. Ada yang kurang bersetuju. Ada yang bersetuju, kerana ramai pemain pemain bola sepak dan selebriti menjadi mangsa dikikis pasangan mereka ketika bercerai.

Petarung UFC, Israel Adesanya turut menyatakan sokongannya kepada Hakimi dan mungkin mendapat inspirasi?

Ada yang berkata, Hakimi memang sentiasa percaya bahawa ibunya pelindung terbaik kepada apa sahaja berkaitan hidupnya termasuk hartanya.

Hiba Abouk jelas berasa hiba kerana kini dia berisiko tak dapat ‘habuk’ sekalipun.

Kes Hakimi masih disiasat dan masih belum dibuktikan bersalah. Buat masa ini, pemain itu menafikan kesemua tuduhan ke atasnya.