Penjaga gol dari Israel, Isaak Hayik meletakkan diri dalam catatan sejarah sebagai pemain tertua yang mengambil bahagian dalam sebuah perlawanan bola sepak profesional,

Isaak yang berusia 73 tahun beraksi untuk pasukan Ironi Or Yehuda dalam satu perlawanan Liga Bet South A yang merupakan liga divisyen keempat Israel. Isaak menyatakan beliau sudah sedia untuk beraksi pada perlawanan seterusnya meskipun bermain penuh 90 minit perlawanan pada Jumaat lalu.

Setelah tamat perlawanan, Isaak menerima pengiktirafan dan juga hadiah daripada Guiness World Of Recors. Meskipun pasukannya tewas dengan keputusan 5-1, Isaak yang dilahirkan di Iraq berpendapat beliau berjaya menafikan beberapa percubaan yang dilancarkan pihak lawan.

“Pencapaian ini bukan untuk saya sahaja malah ianya untuk sukan di Israel secara amnya,” kata Isaak kepada BBC News.

Isaak

Sumber Gambar: BBC

Isaak rekod

Sumber Gambar: BBC

Anak Isaak, Moshe Hayik yang berusia 36 tahun menganggap pencapaian bapanya itu sebagai satu perkara yang sukar untuk dipercayai.

Sebelum ini, rekod pemain tertua dipegang oleh pemain dari Uruguay, Robert Carmona yang beraksi untuk Pan de Acuzar pada tahun 2015 ketika beliau berusia 53 tahun.

Rekod bagi pemain tertua yang menjaringkan gol pada perlawanan kompetitif dipegang oleh legenda Jepun yang masih beraksi sehingga ke hari ini, Kazuyoshi Miura.

King Miura berjaya memadam rekod Sir Stanley Matthews apabila beliau menjaringkan gol kemenangan Yokohama FC pada perlawanan J-League 2 menentang Thespa Kusatsu pada 2017.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group