Pemain kacukan Malaysia-Puerto Rico, Isaac Angking membuat penampilan pertama bersama skuad kebangsaan Puerto Rico dalam satu perlawanan persahabatan pasukan itu pada semalam.

Angking dimasukkan pada separuh masa kedua pada perlawanan menentang Republik Dominika yang menyaksikan Puerto Rico memenangi perlawanan dengan keputusan 1-0.

Setelah dipanggil bagi menyertai kem latihan pusat skuad Puerto Rico, pemain berusia 19 tahun itu diberikan peluang untuk beraksi bersama negara kelahiran bapanya itu.

Angking yang memakai jersi bernombor 10 dimasukkan pada minit ke-80 ketika Puerto Rico sedang mendahului 1-0 dan beliau membantu skuad kendalian Elgy Morales mengekalkan kedudukan sekaligus muncul sebagai pemenang.

Meskipun telah membuat penampilan bersama pasukan kebangsaan lain, namun Isaac Angking masih berpeluang untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya pada masa akan datang.

Ini kerana beliau diturunkan dalam perlawanan yang tidak berada dalam kalendar perlawanan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sekaligus membenarkan beliau untuk menukar pasukan kebangsaan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Isaac Angking Sertai Latihan Pusat Skuad Kebangsaan Puerto Rico

Johor Darul Ta’zim Dapatkan Khidmat Isaac Angking Hadapi Musim 2021

“6 Tahun di Malaysia, Kemampuan Individu Pemain Malaysia Masih Dibawah Indonesia.”- Jaino Matos