Ketua jurulatih pasukan Terengganu FC, Irfan Bakti Abu Salim menggesa penyerang import beliau, Kipre Tchetche untuk menampilkan prestasi cemerlang jika beliau mahu terus beraksi bersama pasukan sehingga saingan Liga Malaysia 2019 melabuhkan tirainya.

Irfan berkata demikian kerana peluang beliau untuk kekal bersama pasukan masih belum jelas dan pemain dari Ivory Coast ini perlu bangkit pada perlawanan Liga Super yang akan datang.

Kipre Tchetche
Sumber Gambar: Terengganu FC

“Sentuhan berbisa pemain itu terus ditagih pasukan pada aksi di tempat lawan kerana dia penyerang tulen dan tugas meledak jaringan terletak dibahunya.

“Justeru kami tidak ada pilihan lain melainkan menggesa pemain itu membuktikan penyudahnya tetap tajam biar pun setakat ini baharu meledak dua gol dalam aksi Liga Super dan satu gol Piala FA,” kata Irfan menurut laporan Harian Metro.

Kipre dikritik hebat apabila beliau gagal menjaringkan sebarang gol dalam sembilan perlawanan. Bekas ketua pasukan TFC ini kemudiannya menampilkan kebangkitan dimana beliau menjaringkan dua gol ketika TFC bertemu Felda United.

Kipre Tchetche
Sumber Gambar: Terengganu11

“Kami harap jaringan itu mampu membakar semangatnya untuk tampil lebih berbisa.

“Malah secara peribadi saya terkejut dengan peningkatan prestasinya yang kembali kepada permainan asalnya iaitu kian lincah dan selesa dengan bola,” tambah Irfan.