Ketua jurulatih Kuching City FC, Irfan Bakti Abu Salim mengakui bersedia untuk menemui Terengganu atau KDA FC sambil menyifatkan kualiti kedua-dua pasukan adalah setara.

Kuching City FC menjadi satu-satunya wakil daripada Liga Premier yang masih meneruskan perjuangan di pentas Piala FA selepas menundukkan UiTM FC dan Perlis United, sebelum ini.

Sehubungan dengan itu, mereka akan menanti penuh debaran pemenang antara juara dua kali (2000, 2011), Terengganu FC dan juara bertahan, Kedah Darul Aman (KDA) FC bagi satu lagi perlawanan pusingan kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Rabu, 6 Julai 2022.

“Sama ada Terengganu atau Kedah, bagi saya kedua-duanya sama sahaja dan kami jelas akan menjadi underdog apabila bertandang ke tempat lawan.”

Kredit Foto: Kuching City FC

“Terengganu semakin menemui rentak manakala Kedah yang punyai ramai pemain import baharu, juga semakin garang jika dilihat persembahan mereka di Piala AFC.”

“Saya harap pemain-pemain akan berikan segala-galanya sambil berharap tuah boleh berpihak kepada kita di peringkat kalah mati ini,” ujar Irfan Bakti.

Sekiranya berjaya melakar kejutan dengan menundukkan antara dua pasukan tersebut, Kuching City akan menanti antara Selangor dan KL City yang akan beraksi terlebih dahulu sebelum pemenang bakal bertemu Sabah di suku akhir.

Seperti yang dilaporkan Malaysian Football League (MFL) semalam, tiada aksi timbal balik bagi peringkat suku akhir dan separuh akhir kali ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia melalui pautan dibawah.

AFF Wanita 2022: Jacob Joseph Dedah Kelemahan Ketara Skuad Negara

Chelsea Mahu Ronaldo

Liridon Krasniqi Mungkin Beraksi Dalam Saingan Thai League 1