2 hari yang lalu skuad U23 Iraq menarik diri dari acara bola sepak Sukan Asia 2018 ekoran isu pemain-pemain mereka yang dikaitkan dengan isu penyenaraian pemain lebih umur.

Pengesahan rasmi dari Iraq FA telah dikeluarkan oleh jurucakap mereka, Hussein Al-Kharsani bahawa pasukan U23 Iraq akan menarik diri dan akan memaklumkan jika terdapat sebarang perubahan berkenaan keputusan itu. Sehingga kini, tiada sebarang maklumat terbaru mengenai perkara itu dan kekal tidak akan menyertai acara bola sepak Sukan Asia 2018.

Apa yang lebih membimbangkan adalah bagaimana kejohanan bola sepak ini akan diadakan dengan apabila wujud beberapa kumpulan dengan jumlah pasukan yang berbeza.

iraq tarik diri

Selepas 2 pasukan – UAE dan Palestin diundi dalam kumpulan A dan E, menjadikan 5 pasukan dalam kedua-dua kumpulan ini manakala kumpulan lain B,C,D dan F 4 buah pasukan.

Dengan Iraq FA menarik diri, kumpulan C akan hanya mempunyai 3 pasukan bertanding, dan ini menimbulkan persoalan bagaimana pihak pengajur akan menentukan bagaimana kelayakan pasukan-pasukan ke peringkat seterusnya. Adakah melalui undian semula?

Jika undian semula dilakukan untuk semua pasukan, ia akan menjejaskan persiapan semua pasukan mejelang kejohanan yang akan bermula kurang dari 10 hari lagi.