Meskipun dunia kini berdepan penularan wabak coronavirus (COVID-19) yang semakin meningkat setiap hari, Federasi Bola Sepak Iran (FFIRI) sempat mengaturkan perlawanan persahabatan antarabangsa menentang naib juara Piala Dunia 2018, Croatia.

Bulan lepas, pengendali skuad kebangsaan Iran, Dragan Skocic mengadakan perjumpaan dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Croatia (HNS), Davor Suker di Zagreb untuk menyatakan kerjasama mereka.

Mereka telah mencapai satu persetujuan untuk mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa selepas penularan wabak COVID-19 berakhir.

Bagaimanapun, kes Covid-19 di Iran tidak menunjukkan sebarang tanda akan pulih apabila angka korban di negara ini terus meningkat kepada 1,685 orang sejak semalam.

Berdasarkan rekod, Iran sebelum ini pernah menentang Croatia sebanyak dua kali. Skuad Melli itu tewas 2-0 pada tahun 1998 di Rijeka dan seri 2-2 dengan gergasi dari eropah itu pada bulan Mei 2006.

Selain itu, mereka turut mengaturkan perlawanan persahabatan menentang Oman di Tehran sebagai persiapan menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang dijangka akan bersambung pada bulan Oktober ini.

Iran kini berada di kedudukan ketiga dalam kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 selepas mencatat 2 kemenangan dan 2 kekalahan.

Lihat artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Thailand Dan Indonesia Sibuk ‘Claim’ Pemain Ipswich Town, ‘Center Back’ 1.94 Meter Berusia 17 Tahun

Prestasi Dang Van Lam Makin ‘Sendu’, Vietnam Dalam Proses Naturalisasi Bekas Penjaga Gol Sparta Prague

Pemain Tengah Shandong Luneng, Marouane Fellaini Disahkan Positif COVID-19

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group