Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo kembali mencetuskan kontroversi setelah tindakan melampaunya ketika menghadiri perlawanan bola sepak temasya Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam yang sedang berlangsung ketika ini.

Memetik laporan Bola.com, Hang-seo dan staf kejurulatihannya hadir bagi menyaksikan perlawanan kumpulan A antara Myanmar menentang Timor Leste yang menyaksikan Myanmar muncul sebagai pemenang dengan keputusan 3-2.

Dalam satu gambar, Hang-seo dilihat berada terlalu dekat dengan padang dan salah seorang pegawai AFC bernama Mindu Dorji menegur dan mengarahkan jurulatih itu agar berada di tempat duduk penonton.

Park Hang-seo

Park Hang-seo

Namun, jurulatih dari Korea Selatan itu tidak mengendahkan arah yang diberikan dan terus berada dekat dengan padang dan beliau menggunakan alasan tidak mengerti teguran yang diberikan oleh Dorji.

Selain itu, salah seorang staf kejurulatihan Hang-seo juga mengambil gambar menggunakan telefon bimbit serta membisikkan sesuatu kepada jurulatih itu ketika perlawanan sedang berlangsung.

Tuan rumah Sukan SEA edisi kali ini telah mendapat banyak kritikan daripada negara bertanding khususnya dalam acara bola sepak dimana mereka dianggap gagal untuk menyediakan tempat berlatih yang sesuai selain penonton juga bebas menyaksikan sesi latihan pasukan lain.

Paling lantang bersuara adala ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong dimana beliau menganggap fasiliti latihan yang diberikan kepada pasukannya berada dalam keadaan “parah” dan pihak tuan rumah seharusnya menyediakan fasiliti latihan yang baik.

“Kejohanan antarabangsa tapi diberikan padang latihan seperti ini. Terlalu parah walaupun mereka tuan rumah. Bukankah mereka harus bersikap adil dalam menyediakan fasiliti?,” kata Tae-yong.

Vietnam berjaya mencatat kemenangan pada aksi pembukaan kumpulan A menentang Indonesia dimana mereka berjaya menewaskan skuad Garuda dengan keputusan 3-0.

Baca artikel lain mengenai perkembangan temasya Sukan SEA 2021 di sini:

Sukan SEA 2021: Madam Pang Bakal Berikan Bonus Jika Thailand Menang Pingat Emas

Azam Azmi Murad Tidak Alami Kecederaan Serius

Sukan SEA 2021: Malaysia Kejutkan Thailand Di Saat Akhir

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group