Kelab gergasi Itali, Inter Milan hari ini telah memperkenalkan logo dan identiti baharu pasukan yang digunakan sebagai lambang rasmi di jersi dan semua merchanise rasmi bermula pada musim 2021/2022.

Menurut kenyataan rasmi, visual baharu dan identiti pasukan tersebut melambangkan pendirian pihak kelab untuk mengekalkan ikatan dengan bandar milan dan mewakili seluruh penduduk di bandar itu.

Logo baharu itu memaparkan huruf I M yang bermaksud Internazionale dan Milan. Ungkapan dalam bahasa inggeris pula bermaksud ‘I am’. Tiada lagi huruf F C yang bermaksud kelab bola sepak dalam bahasa inggeris.

Kali ini, mereka tidak menggunakan warna emas pada logo baharu seperti rekaan sebelumnya sebaliknya menggunakan warna putih, biru dan hitam sebagai warna asas.

Internazionale-Logo-history-352×500

Objektif penjenaman semula dan penukaran logo kelab itu adalah untuk memastikan jenama mereka mampu menembusi pasaran global dalam semua peringkat umur dan menjadi ikon sukan yang disegani.

Mereka juga mahu menjadikan jenama Inter Milan menjadi relevan dalam kalangan golongan muda serta cukup dikenali oleh penyokong antarabangsa dengan pendekatan yang berbeza dan inovasi kelab.

“Logo yang dimodenkan adalah versi tradisional yang lebih ringkas dan minimalis – direka untuk mengekalkan hubungan dengan sejarah kelab. Walaupun masih mempertahankan kesinambungan dengan versi aslinya, simbol baru lebih sesuai untuk semua golongan,” kata kenyataan kelab itu.

Rekaan logo Inter Milan yang pertama ialah pada tahun 1908 dan direka oleh Giorgio Mugguani. Logo baharu tersebut merupakan rekaan yang ke 15 dalam sejarah penubuhan kelab itu.

Bagaimanapun, ia tidak terlepas daripada menerima kritikan daripada para peminat dari seluruh dunia yang menyifatkan logo baharu itu seakan-akan meniru bentuk logo syarikat kereta dari Jerman, Volkswagen.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak eropah melalui pautan dibawah. 

RASMI: Sergio Aguero Tinggalkan City Akhir Musim Ini, Kelab Bina Tugu Penghormatan

San Marino Hanya Senaraikan 3 Pemain Profesional, Selebihnya Merupakan Penjual Kereta Dan Doktor Gigi

Insiden Baling ‘Armband’, Fernando Santos Bela Ronaldo Kekal Kapten Portugal