Juara Serie A 2020/2021, Inter Milan dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat penjaga gol kacukan Indonesia-Itali, Emil Audero Mulyadi bagi menjadi sandaran kepada penjaga gol sedia ada, Samir Handanovic.

Audero merupakan antara pemain terbaik Sampdoria musim lalu dimana penajag gol berusia 24 tahun itu membantu kelabnya menamatkan saingan Serie A di tangga ke-9 selain mengutip 5 clean sheets sepanjang musim sekaligus berada dalam kedudukan top 10 senarai penjaga gol dengan kutipan clean sheets terbanyak.

Prestasi cemerlang yang ditampilkan oleh Audero sejak beberapa musim kebelakangan ini nyata menarik minat Inter untuk menjadikan penjaga gol itu sebagai sandaran kepada Handanovic yang kini sudah mencecah usia 36 tahun.

Meskipun Handanovic merupakan pemenangan Sarung Tangan Emas Serie A musim lalu dengan 11 clean sheets, namun Inter mahu segera mencari pengganti Handanovic sekiranya pemain itu memutuskan untuk bersara pada masa akan datang.

Sampdoria menetapkan tanda harga sebesar €20 Juta atau RM99 Juta kepada mana-mana pasukan yang mahu menandatangani Emil Audero. Namun, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Beppe Marotta dan Pengarah Sukan, Piero Ausilio dilaporkan mahu membuat pertukaran pemain bagi memastikan kelab itu tidak mengeluarkan dana yang besar.

Audero setakat ini belum beraksi dengan mana-mana skuad senior kebangsaan di pentas antarabangsa dimana beliau boleh beraksi bersama Indonesia atau Itali.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah di sini:

Martinez Gesa Akademi Di Belgium Tayang Aksi Lawan Portugal Sebagai Rujukan ‘Seni’ Bertahan

Tottenham Hotspur Mulakan Perbincangan Untuk Dapatkan Takehiro Tomiyasu

Euro 2020: Belgium Tunjukkan Jalan Keluar Buat Juara Bertahan