Hari ini, 29 Julai, DigitalBits, mata wang kripto yang dibangunkan oleh Zytara Labs akan menganjurkan dan menaja Sidang Kemuncak mengenai prospek matawang digital dalam suasana mewah di Monte Carlo.

Forum berprestij itu juga akan dihadiri oleh Putera Albert dari Monaco, serta tokoh seperti Al Burgio, pengasas rantaian blok, selain daripada beberapa lagi penceramah terkemuka yang lain, akan cuba memikirkan cabaran masa depan mata wang kripto.

Ianya kerana pada 2021 matawang kripto bangkit dengan pertumbuhan yang menakjubkan dan 2022 dalam kejatuhan paling teruk.

DigitalBits antara matawang kripto yang terkesan dengan kejatuhan pasaran matawang digital. Di arena bola sepak, mereka menaja Inter Milan dan AS Roma.

Menurut Sole 24 Ore, sebenarnya, selama beberapa bulan ini penaja tersebut telah mengalami kelewatan serius dalam menghormati kewajiban mereka untuk membayar tajaan seperti yang dijanjikan kepada Inter Milan.

DigitalBits masih belum lagi membayar Nerazzurri beberapa siri pembayaran, khususnya sejak ia bertukar daripada menjadi penaja lengan kepada penaja utama.

Hanya selepas beberapa bulan menjadi pemenang kepada tajaan utama jersi, Inter Milan dan Digitalbits dilaporkan sedang bertelagah dalam pelbagai isu.

Inter Milan sudah memberikan amaran kepada DigitalBits agar membayar tajaan mereka seperti yang dijanjikan atau mereka akan mengeluarkan jenama tersebut daripada jersi mereka.

Langkah sudah diambil, di mana Inter Milan telah mengeluarkan kesemua rujukan, papan iklan, atau jaringan (link) berkaitan matawang kripto itu. Seterusnya Inter Milan benar benar serius dalam hal ini.

Mereka sudah pun memberitahu bahawa akan mengeluarkan logo Digitalbits daripada jersi mereka dalam aksi menentang Lyon di Cesena pada aksi Sabtu akan datang.

Inter Milan sangat terdesak mahukan Digitalbits membayar tajaan mereka bagi mengemaskini status akaun mereka yang sangat penting bagi menepati piawaian FFP.

Inter Milan sebelum ini terpaksa membatalkan rundingan dengan Dybala kerana mereka memutuskan untuk mendapatkan semula Lukaku. Ini kerana akaun FFP mereka tidak membenarkan mereka mendapatkan 2 pemain itu dalam satu pasukan yang sama.

Inter berdepan dengan bebanan hutang kelab. Buat masa ini, mereka benar benar menunggu DigitalBits dapat menyelesaikan masalah dan mengaktifkan semula dialog antara mereka.

Tahun lepas, Inter menandatangani perjanjian selama empat musim dengan harga $85 juta dengan syarikat tersebut.

Pada musim 2021/22, selepas penamatan hubungan dengan Pirelli, pakaian seragam Nerazzurri telah memberikan hak tajaan kepada Socios.com, tetapi logo DigitalBits muncul pada lengan baju.

Mulai musim ini, mata wang kripto yang dibangunkan oleh Zytara Labs, yang seterusnya menjadi rakan kongsi perbankan digital global kelab itu, sebaliknya menjadi penaja utama Inter menggantikan Socios.com.

Sebaliknya XDB, mata wang kripto DigitalBits pada masa ini mempunyai harga $0.038718, turun 96.24% daripada paras tertinggi sepanjang masa iaitu 1.03.

DigitalBits telah pun menjadi penaja utama Roma selama setahun lalu, dengan kontrak tiga tahun yang memperuntukkan jumlah tajaan lebih daripada 35 juta dollar. Pada masa ini tiada ketegangan dalam pembayaran dari pihak Giallorossi dan sememangnya pengaktifan perjanjian memandangkan permulaan kejuaraan diteruskan.

Tambahan pula, DigitalBits memilih Francesco Totti pada Disember 2021 dan David Beckham sebagai duta globalnya pada Mac 2022.

Perkara ini benar benar membuatkan Inter Milan tak selesa. Kenapa Roma dibayar, mereka pula tidak? Sedangkan mereka bermain di UCL berbanding dengan Roma.