Masa depan Alexis Sanchez sekali lagi tidak menentu.

Ini apabila Inter Milan mengesahkan bahawa ketika ini, mereka masih gagal untuk mendapatkan persetujuan bagi melanjutkan lagi tempoh pinjaman pemain tersebut.

Perkara itu disahkan sendiri oleh CEO Inter Milan, Bepe Marotta.

Manchester United mahu menjual Alexis Sanchez untuk membolehkan mereka menyingkirkan tangga gaji pemain tersebut yang sangat tinggi iaitu sekitar £400,000 seminggu.

Ini untuk memberikan ruang kepada mereka menawarkan kontrak lumayan kepada Jadon Sancho.

Manchester United membayar sebahagian daripada gaji pemain itu sepanjang tempoh pinjamannya di Inter Milan.

Inter Milan masih banyak lagi baki perlawanan dalam Seri A Dan masih lagi bersaing dalam Europa League.

Dan pasukan dari Itali itu juga berhadapan dengan kesulitan yang sama dalam kontrak Victor Moses dari Chelsea dan Ivan Perisic dari Bayern Munich.

Marrotta mengesahkan bahawa Inter Milan sedang berbincang dengan ketiga-tiga kelab pemain tersebut. Namun memberikan gambaran bahawa segalanya buat masa ini agak mengecewakan.

Situasi Sanchez pula, Inter Milan dilaporkan berminat untuk melanjutkan kontraknya untuk musim hadapan. Bukan semata mata untuk menamatkan musim ini.

“Ini adalah perjanjian yang harus diselesaikan segera. Dan kami masih berunding dengan Chelsea dan Manchester United pada hari ini, untuk melanjutkan lagi tempoh pinjaman pemain mereka.”

“Ini bukan perkara yang bagus. Kami juga sedang berunding dengan Bayern Munich tentang Ivan Perisic.”

20200630_082936

Bos Man United, Ole Gunnar Solskjaer dilaporkan perlu untuk melepaskan sekurang-kurangnya empat pemain daripada skuad senior bagi membolehkan kelab mendapatkan khidmat Jadon Sancho dari Borussia Dortmund.

Sanchez antara nama yang dikaitkan dengan perpindahan keluar selain daripada Andreas Pereira, Phil Jones, dan Chris Smalling.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Penyokong Barca Meroyan Dengan Pengumuman Arthur Sah Ke Juventus

Barkley Bawa Chelsea Ke Semifinal Bertemu Man United

Barcelona Setuju Tukar Arthur Dengan Pjanic, Adakah Ia Langkah Tepat?