Permainan catur sedang berlaku di antara Inter Milan dan Barcelona. Bukan lagi rahsia, Barcelona memang berminat untuk mendapatkan Lautaro Martinez.

Malah sebelum ini, legenda Barcelona, Rivaldo sendiri menyatakan perkara itu.

Namun Inter Milan tidak mahu melepaskan pemain tersebut kecuali Barcelona membayar klausa pelepasan €100 juta yang ada pada pemain tersebut.

Lautaro Martinez melanjutkan kontrak beliau bersama Inter Milan beberapa bulan lalu.

Martinez dianggap pengganti yang terbaik untuk Luis Suarez yang sudah menuju ke fasa akhir kariernya di Barcelona.

Namun begitu, menurut Calcio Mercato, Inter Milan memberitahu Barcelona bahawa mereka meminta pertukaran pemain di antara kedua-dua kelab jika Barcelona benar-benar serius mahukan Lautaro Martinez.

Inter mahukan Griezmann sebagai pemain yang terlibat dalam tukar ganti tersebut.

Inter Milan tidak mahu impak yang besar kerana kehilangan Lautaro Martinez. Ini kerana Inter Milan masih dalam proses pembentukan pasukan di bawah kendalian Antonio Conte.

Martinez merupakan pemain penting Inter Milan ketika ini. Griezmann adalah pemain yang memiliki corak permainan yang mirip dengan Lautaro Martinez.

Permintaan Inter Milan ini mungkin tidak akan dilayan oleh Barcelona. Sebelum ini Bartomeu sudah memberikan jaminan bahawa Antoine Griezmann adalah pemain penting Barcelona.

Baca perkembangan dari eropah yang lain:

Barca Nak Saman Bekas Naib Presiden Yang Tuduh Ada Tangan Ghaib Songlap Wang

Scholes: United Masih Jauh Di Belakang City & Liverpool Walaupun Ada Fernandes

Kecewa Dengan Kepimpinan Bartomeu, 6 ‘Board’ Letak Jawatan