Angin nampaknya semakin bertiup kencang‘ dari utara tanahair apabila ada beberapa kemaskini melalui laman sosial yang membayangkan bahawa pasukan Kedah FA kini berada dalam keadaan yang membimbangkan.

Terkini Insta Story yang dimuat naik oleh ketua jurulatih mereka, Aidil Sharin semalam dilihat seperti memberikan satu gambaran situasi semasa masalah dalam yang sedang melanda pasukan Kedah FA terutama kepada barisan pengurusan skuad itu.

People don’t leave bad jobs, they leave bad bosses.

photo_2020-07-25_00-06-26

Beberapa hari sebelum itu, pemain import Kedah FA iaitu Kpah Sherman juga turut memuatnaik ‘Insta Story‘ yang nampaknya berbaur mengenai kelewatan bayaran yang mereka nantikan selepas tertunggak berbulan-bulan.

Very very difficult times. No one should be allowed to go through this. Give 100% and get nothing!! How many more months?

115867124_1226783180987784_6468837400654330172_o

Ini hanyalah 2 luahan hati individu-individu berpengaruh dalam skuad itu dan dipercayai mungkin masih ramai lagi yang turut mengalami perkara yang sama.

Ada juga beberapa pemain mereka yang telah melibatkan diri sebagai trader mungkin sebagai salah satu cara untuk mereka ‘grow‘ duit yang mereka untuk masa depan – tidak salah untuk mereka cari pendapatan lain.

Jika diperhatikan, ada benar juga kata-kata TMJ beberapa hari lalu dalam satu temubual bersama Utusan Malaysia dimana Tuanku ada menyebut;

“BANYAK pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M) hanya ‘berpura-pura’ menjadi kelab, sedangkan 90 peratus masih bergantung kepada dana kerajaan.”

Apa sudah jadi pasukan Kedah?

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Bekas Pemain JDT, Juan Martin Lucero Kini Sedang ‘Diintai’ Oleh Sebuah Kelab Dari Liga Malaysia

Eksklusif: Gus Cerro Berkongsi Kisah Azizul Kamaludin, Pahang FA Dan Negeri Sembilan Serta Pengalaman Indah Di Malaysia

UltraSel Muncul Sebagai Penaja ‘Titan’ Selangor FA, Dana RM10,000 Datang Dari Hasil Jualan Merchandise Rasmi