Dalam perlawanan akhir pertama kejohanan AFF Suzuki Cup 2018, Malaysia berjaya mengikat Vietnam 2-2 walaupun kelebihan sebenarnya dilihat berpihak kepada Vietnam yang akan menjadi tuan rumah dalam saingan akhir ke 2 Sabtu nanti.

Ketika ramai yang tidak menyedari dalam perlawanan itu, ada 1 situasi dimana penyerang Malaysia, Zaquan Adha telah ditumbuk oleh seorang pemain pertahanan Vietnam yang memakai jersi nombor 28, Do Duy Manh.

Insiden itu berlaku pada minit ke 11 perlawanan jelas menunjukkan bahawa Do Duy Manh menumbuk Zaquan dan pengadil perlawanan dari Australia, hanya memberikan amaran lisan kepada pemain dari Vietnam itu tanpa sebarang layangan kad.

Dalam sidang media selepas tamat perlawanan, ketua jurulatih Malaysia, Tan Cheng Hoe memberitahu bahawa perkara seperti itu memang akan berlaku dalam suasana final yang hangat namun beliau memberi kredit kepada Zaquan selaku kapten yang tidak melayan provokasi pihak lawan.

2018-12-12_1-56-10

Aidil yang berada dibangku simpanan jelas berang dengan tindakan itu sehingga terpaksa diberikan arahan oleh Tan Cheng Hoe supaya kembali ke kerusi bagi mengelak sebarang tindakan yang boleh merugikan pasukan dalam saingan ke 2 di Hanoi nanti.