Sebelum ini tular satu video lama dipercayai dirakam pada 2019 memaparkan bintang Barcelona, Ousmane Dembele dilihat berkelakukan rasis ke atas orang Jepun.

Dalam video tersebut, beberapa staf hotel cuba membantu Dembele dan Griezmann memperbaiki tv di dalam kamar hotel mereka supaya mereka boleh bermain PES.

Dembele kemudian dilihat menghina wajah juruteknik yang berada di situ dengan komen: “Ini semua wajah wajah hodoh, maka kamu boleh bermain PES [Pro Evolution Soccer], kamu ni jenis tak malu ke?”

“Bahasa mundur apakah yang digunakan itu,” tanya Dembele.

“Adakah kamu ni tahu tentang teknologi di negara kamu atau tak? Bukankah kamu harus berkembang maju bersama sama dengan negara kamu,” Dembele kemudian ketawa sambil zoom muka seorang pekerja yang sedang berbincang dengan staf lain.

Dembele kemudian zoom kamera ke arah Griezmann yang tidak berkata apa apa, cuma senyum.

Tindakan Dembele itu membuatkan ramai rakyat Jepun marah. Ramai peminat bola sepak dari seluruh dunia juga kecewa dan mengingatkan Dembele bahawa komuniti kulit hitam telah mencetuskan BLM meminta solidariti ke atas diskriminasi yang mereka hadapi.

Namun Dembele pula berkelakuan berbaur rasis dan memperlekeh bangsa dan rupa orang lain.

Belum pun reda kemarahan mereka, muncul satu lagi video memaparkan Griezmann memperlekehkan bahasa Jepun dengan berkata cing cong ketika mendengar seorang staf di hotel sedang bercakap.

Kedua dua pemain kemudian meminta maaf di atas kelakuan mereka. Griezmann menyatakan dia menentang segala jenis diskriminasi perkauman.

Griezmann berkata: “Saya senantiasa menentang segala jenis diskriminasi.”

“Untuk tempoh beberapa hari kebelakangan ini, ada individu yang cuba memperlihatkan imej saya tidak seperti siapa saya yang sebenarnya. Saya dengan tegas menentang segala tuduhan ke atas saya dan saya mintak maaf jika saya menyinggung hati dan perasaan kawan-kawan saya dari Jepun.”

Kenyataan maaf Griezmann kemudian disusuli oleh Dembele. Namun Dembele membuatkan orang semakin marah apabila dia menyatakan dia sudah biasa bergurau dengan mengejek orang seperti itu termasuk menggaibkan rupa orang lain dan sebagainya.

Dembele menulis di instagram beliau dengan menyatakan: “Hai semua, sejak beberapa hari ini sebuah video peribadi saya pada tahun 2019 telah tersebar di media sosial. Kejadian itu berlaku di Jepun. Ia mungkin akan berlaku di mana saja di dunia ini dan saya akan tetap gunakan ekpresi yang sama.”

“Oleh yang demikian, saya mahu tegaskan yang saya tidak menyasarkan pada mana-mana komuniti. Saya hanya melakukan ekspresi seperti itu ketika bersama sahabat saya tanpa mengira asal usul mereka.”

Konami menyedari perkara itu dan mereka memutuskan untuk menamatkan kontrak Griezmann sebagai duta produk mereka.

Konami dalam kenyataannya berkata:”Konami Digital Entertainment berpegang kepada, menurut falsafah sukan, bahawa diskriminasi dalam bentuk apa pun tidak boleh diterima,” kata Konami dalam satu kenyataan rasmi.

“Sebelum ini kami mengumumkan Antoine Griezmann sebagai duta kandungan Yu-Gi-Oh !, tetapi kerana kes-kes baru-baru ini kami memilih untuk membatalkan kontrak.”

Konami yang merupakan pengeluar permainan Pro Evo Soccer juga penaja rasmi Barcelona.

Dan mereka kecewa dengan tindakan Griezmann, meminta penjelasan daripada Barca.

Tindakan Konami itu disusuli oleh Rakuten yang merupakan penaja rasmi baju Barcelona. Rakuten menerusi CEO-nya menyatakan mereka kecewa dengan sikap biadap Griezmann dan Dembele ke atas masyarakat Jepun.

Hirashi Mikitani mahu Barcelona memberikan penjelasan ke atas perkara tersebut.

Rakuten dan Barcelona masih dalam proses membincangkan kontrak penajaan yang baharu. Di mana Barcelona berusaha mendapatkan perjanjian yang lebih besar daripada sebelum ini. Rakuten masih ada kontrak sehingga 2022. Di mana mereka membayar US$65 juta ataupun lebih RM271 juta semusim kepada Barca pada penggal kontrak semasa.

Barcelona sudah membuat kenyataan rasmi bahawa mereka akan mengambil tindakan secara internal ke atas dua pemain mereka itu.

Namun Konami dan Rakuten dilaporkan memantau rapat perkembangan tersebut bagi memastikan kedua dua pemain benar benar dikenakan tindakan.

Baca juga artikel 

Netizen Marah Dembele Guna Kata Kata Berbaur Rasis Kepada Orang Asia

Arsenal Berminat Dapatkan Dembele Secara Pinjaman

Wenger Persoal Fungsi VAR: “Itu Bukan Penalti”