UEFA telah mengenakan hukuman ke atas Leonardo dan membebaskan ahli jawatankuasa eksekutifnya sendiri Nasser al-Khelaifi daripada sebarang hukuman walaupun mendapati pemilik kelab Paris Saint-Germain bersalah atas salah laku kerana konfrontasi dengan pegawai perlawanan selepas tewas dalam Liga Juara-Juara di tangan Real Madrid.

Presiden PSG al-Khelaifi dan pengarah sukan PSG ketika itu, Leonardo dikaitkan dengan adegan hangat ketika ingin menyoal pegawai perlawanan mengenai keputusan dalam kemenangan 3-1 Real Madrid pada Mac.

Hatrik pada separuh masa kedua oleh Karim Benzema telah memastikan Madrid berjaya mencipta kebangkitan menakjubkan di Stadium Santiago Bernabéu, menyingkirkan PSG secara agregat 3-2 pada pusingan 16.

Presiden PSG, sangat bengang dengan keputusan pengadil yang dituduh telah menjadi sebab kepada penyingkiran PSG dalam UCL.

Mauricio Pochettino turut mengkritik keputusan pengadil perlawanan yang dianggap berat sebelah.

Presiden Paris Saint-Germain, Nasser Al-Khelaifi cuba menyerbu bilik persalinan pengadil dan memecahkan peralatan selepas pasukannya disingkirkan daripada Liga Juara-Juara oleh Real Madrid, menurut laporan daripada pegawai perlawanan.

Ini bukan pertama kali Nasser Al Khelaifi menyerang pengadil. Beberapa tahun lalu dia bersemuka dengan pengadil ketika pasukannya terkena remontada di Nou Camp.

Pada 2017 Nasser Al Khelaifi menyerang pengadil di terowong Parc Des Princes.

Madrid berjaya menebalikkan defisit dua gol pada perlawanan kedua peringkat 16 terakhir, dengan hatrik Karim Benzema pada separuh masa kedua mengesahkan kemenangan agregat 3-2 untuk Madrid.

Gol pertama Benzema yang menimbulkan kemarahan PSG, yang merasakan Benzema sepatutnya dihukum kerana mengasari penjaga gol Gianluigi Donnarumma dalam perlawanan itu.

Kekecewaan Al-Khelaifi telah didokumenkan dalam laporan pengadil. Dia terus meluru ke dalam terowong laluan ke bilik persalinan. Marca melaporkan bahawa Khelailfi “berkelakuan agresif dan cuba memasuki bilik persalinan pengadil.”

https://twitter.com/i/status/1501688963387781120

Apabila pengadil meminta mereka pergi, presiden memukul sebuah peralatan pembantu pengadil, lalu memecahkannya, tulis laporan tersebut.

Staf di situ termasuk pengawal keselamatan Nasser Al Khelaifi turut cuba menenangkannya.

Menurut Marca, tingkah laku Al-Khelaifi telah dirakam oleh seorang pekerja Real Madrid, yang kemudian menghantar rakaman itu kepada UEFA untuk mengkaji kemungkinan hukuman berat dikenakan kepadanya.

Seterusnya, Pengarah Sukan PSG, Leonardo turut mempertahankan bos beliau itu.

“Keputusan mengenai Donnarumma tidak adil,” kata Leonardo selepas perlawanan ke Canal+.

“Pelanggaran itu wujud dan ia jelas. Mustahil untuk tidak merujuk VAR.”

“Tetapi saya tidak mencari alasan. Kita perlu lihat apa yang kita lakukan.”

Kekalahan itu menyebabkan PSG masih mencari kejuaraan Eropah pertama pada musim kelab milik Qatar itu menambah Lionel Messi ke barisan penyerang superstar mereka bersama Kylian Mbappé dan Neymar.

Laporan media dari stadium berkata al-Khelaifi terpaksa ditenangkan selepas cuba memasuki bilik persalinan pengadil Danny Makkelie dari Belanda, yang kemudian telah dipilih oleh FIFA untuk bekerja di Piala Dunia di Qatar.

UEFA mengeluarkan keputusan jawatankuasa disiplinnya lewat Jumaat, mengesahkan tuduhan “melanggar peraturan asas kelakuan sopan” dan “kelakuan tidak sportif.”

Bagaimanapun, hukuman hanyalah larangan satu perlawanan daripada perlawanan dalam pertandingan UEFA untuk Leonardo. Bekas pemain PSG dan pemain antarabangsa Brazil itu dipecat oleh kelab itu bulan lalu.

Namun nama Khelaifi tidak ada dalam senarai hukuman. UEFA tidak memberikan sebab mengapa al-Khelaifi tidak disebut dalam kenyataan tatatertib.

Al-Khelaifi menyertai jawatankuasa eksekutif UEFA pada 2019. Dia kemudiandinaikkan pangkat untuk mengetuai Persatuan Kelab Eropah yang berpengaruh tahun lalu dan lantang menentang pelancaran Liga Super Eropah yang gagal.

Projek yang mencabar kuasa UEFA dan Liga Juara-Juara itu diterajui oleh Madrid dan kelab-kelab besar lain tetapi PSG enggan menyertainya.

Al-Khelaifi juga mengetuai penyiar Qatar beIN Sports yang merupakan rakan kongsi penyiaran terkemuka UEFA dan pembeli hak Liga Juara-Juara Eropah.