Separuh masa kedua perlawanan diantara Indonesia dan Malaysia terpaksa dihentikan beberapa minit apabila berlaku kekecohan dikawasan penyokong Malaysia.

Berdasarkan beberapa video yang dimuat naik ke laman sosial, dapat diperhatikan bahawa penyokong Indonesia telah membaling pelbagai jenis objek kearah tempat duduk penyokong Malaysia.

Video yang dirakam oleh pengguna Twitter ini dengan jelas kelihat botol-botol dibaling dari bahagian atas sehingga memaksa penyokong Malaysia berlindung.

Insiden ini mengakibatkan masa perlawanan selama 8 minit diberikan oleh pengadil sehingga pasukan Malaysia berjaya menjaringkan gol kemenangan malam ini.

Ini pula adalah video dimana penyokong Malaysia terpaksa diiring pasukan keselamatan untuk keluar dari stadium.

Akibat tindakan penyokong sendiri, Indonesia tumpas di Stadium Utama Gelora Bung Karno!

Lihat visual menunjukkan layanan yang diterima oleh penyokong Malaysia ketika memasuki Stadium Utama Gelora Bung Karno petang tadi.

Balingan Batu Hujani Ketibaan Penyokong Malaysia Di Stadium Gelora Bung Karno

Impak Kutipan Mata FIFA Ranking Perlawanan Malaysia Bertemu Indonesia

5 Pemain Indonesia Yang Perlu Diwaspadai Oleh Pemain Malaysia