Dengan isu COVID-19 yang semakin kritikal di Itali, dengan hampir seribu kematian direkodkan dalam beberapa hari terkini, seluruh negara diisytiharkan ‘lockdown’ dan ini telah menyebabkan ramai warga emas mudah terdedah kepada jangkitan ketika keluar membeli barang keperluan.

AS Roma melalui program ‘Roma Cares’  dengan bantuan dari rakan-rakan rasmi kelab telah tampil dengan inisiatif menyampaikan bantuan barangan keperluan dengan menggunakan 4 buah trak mini kepada pemegang tiket bermusim yang berusia 75 tahun keatas.

Screenshot 2020-03-29 at 3.02.43 PM

Gambar diatas menunjukkan Eliseo Lorenzetti, pemegang pas bermusim AS Roma paling tua ketika ini yang dilahirkan pada tahun 1923 iaitu 4 tahun sebelum kelab AS Roma ditubuhkan.

Screenshot 2020-03-29 at 3.16.49 PM

Beliau telah dihadiahkan dengan sehelai jersi home AS Roma dengan nameset Edin Dzeko lengkap dengan tandatangan serta mesej peribadi khas dari pemain itu.

BeFunky-collage (1)

Kotak bungkusan ‘Roma Cares‘ itu juga mengandungi barangan seperti Molisana pasta, sebotol Peroni serta makanan lain dan tidak dilupakan satu naskah terkini Gazetta dello Sport selain 10 pasang sarung tangan, 10 keping topeng muka dan 5 botol hand sanitizer.

Tonton video yang dimuat naik oleh AS Roma yang menunjukkan persiapan mereka untuk program Roma Cares ini.

Ini mungkin menjadi contoh terbaik kepada mana-mana kelab bola sepak yang mempunyai program pas bermusim yang boleh diusahakan sebagai salah satu keistimewaan kepada pemegang.

Cara yang bentuk bantuan mungkin berbeza mengikut lokasi, budaya dan faktor-faktor lain yang dirasakan sesuai.

Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.

Transfermarkt: JDT Adalah Kelab ASEAN Yang Memiliki ‘Market Value’ Paling Tinggi Sekitar RM33.46 Juta

Diego Silva: “Kalau Tengok Siaran TV Perlawanan Liga Vietnam, Orang Akan Kata Ini Siaran Liga Amatur”

Pemain Vietnam Ini Dedahkan Punca 6 Pemain Skuad AFC U23 2018 Mengalami Kecederaan Ligamen Serius

 

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group