Inisiatif yang dibuat oleh pasukan JDT dengan pemotongan 33% gaji dan disumbangkan kepada tabung bencana negeri Johor bukan sahaja menerima reaksi positif dari Malaysia sahaja malahan turut menjadi tumpuan media luar negara terutama dari Thailand.

Mengikut kemaskini yang oleh media Thailand – SiamSport, yang memuat naik berita itu semalam dengan headline ‘Beautiful example With the spirit of the Malaysian football players and coaches‘ jelas tindakan yang dilakukan ini berjaya untuk memberikan satu perspektif yang terpuji untuk jenama JDT sendiri di luar negara.

Screenshot 2020-03-31 at 10.18.01 AM

Sejak 2-3 musim terkini, jenama JDT di Thailand semakin menarik perhatian peminat bola sepak di Thailand terutamanya selepas penghijrahan pemain sensasi Thai League, Diogo Luis Santo ke kelab itu.

Ini adalah punca utama yang menarik ramai peminat bola sepak di Thailand untuk mengetahui siapa yang begitu ‘berani’ membeli pemain yang mencipta rekod gol ratio tertinggi dalam Thai League, selain menyebabkan Buriram United masih terkial-kial mencari pengganti.

Dengan rangkuman sebegini, dan dijangkakan akan ada beberapa lagi media ASEAN akan melakukan perkara yang sama, secara tidak langsung akan terus mengangkat nama JDT diperingkat Asia Tenggara selain memberikan satu refleksi yang positif untuk Malaysia secara umumnya.

Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.

Inisiatif Terpuji AS Roma Hantar Bantuan Kepada Pemegang Pas Bermusim Yang Berusia 75 Tahun Keatas

Transfermarkt: JDT Adalah Kelab ASEAN Yang Memiliki ‘Market Value’ Paling Tinggi Sekitar RM33.46 Juta

Lelong Jersi ‘Match Worn’ AFF Suzuki Cup 2018, Nguyen Van Quyet Kumpul Sumbangan Untuk Bantu Frontliners