Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, timbul isu berkaitan pemilihan pemain skuad U23 Malaysia, Annil Vigneswaran yang berpangkalan di Jerman dalam kalangan peminat bola sepak tanahair dan wujud pertikaian mengenai pasukan yang diwakili oleh beliau.

Nota penting: Artikel ini tidak akan membincangkan bagaimana Annil Vigneswaran terpilih, minit permainan dan sebagainya tetapi lebih memberikan fokus kepada dimana kedudukan beliau sebenarnya dalam sistem bola sepak remaja Jerman.

Struktur Bola Sepak Remaja U19 Di Jerman Yang Perlu Kita Tahu

Adalah lebih baik untuk kita melihat struktur liga U19 Jerman secara asas terlebih dahulu untuk memahami perkara-perkara lain yang mungkin lebih rumit disebabkan negara seperti Jerman ini mempunyai sangat banyak kelab dan liga.

Berdasarkan maklumat dari laman web DFB, liga bola sepak U19 Jerman dikenali sebagai A-Junioren Bundesliga iaitu liga divisyen paling tinggi untuk kategori bawah 19 tahun.

A-Junioren Bundesliga ini dibahagian kepada 3 regions iaitu;

  1. A-Junioren Bundesliga North/Northeast
  2. A-Junioren Bundesliga West
  3. A-Junioren Bundesliga South/Southwest

Ini adalah liga bola sepak U19 Jerman yang paling elit dan power. Kelab mana yang beraksi dalam ketiga-tiga bahagian ini?

Ok, jom kita tengok senarai pasukan dalam gambar dibawah yang kami ambil dari laman web DFB.

A-Junioren Bundesliga North/Northeast

bundesliga u19 North/Northeast

A-Junioren Bundesliga South/Southwest

A-Junioren Bundesliga West

Bundesliga U19 West

Secara keseluruhannya, ada 57 buah pasukan U19 yang beraksi dalam saingan A-Junioren Bundesliga.

Ok, tamat kisah mengenai saingan A-Junioren Bundesliga, dan apa 3 maklumat penting yang perlu kita ambil tahu adalah;

  • A-Junioren Bundesliga adalah saingan divisyen 1 bola sepak U19 Jerman.
  • Liga ini dibahagikan kepada 3 region iaitu South/Southwest, Nort/Northeast dan West.
  • Ada 57 buah kelab U19 yang beraksi dalam A-Junioren Bundesliga ini.

Seterusnya kami akan cuba berkongsi struktur dibawah A-Junioren Bundesliga ini dimana ada 9 buah liga U19 lagi untuk kita ambil tahu.

  1. A-Junioren Bundesliga North/Northeast

Dibawah saingan A-Junioren Bundesliga North/Northeast, ada 2 buah liga yang menjadi komponen penting bagi kawasan North/Northeast.

  • Regionalliga North
  • Regionalliga Northeast

Juara setiap liga layak ke saingan A-Junioren Bundesliga North/Northeast secara automatik, 2 naib juara berentap mencari 1 lagi slot. (3 team akan naik ke A-Junioren Bundesliga North/Northeast)

2. A-Junioren Bundesliga West

Dalam A-Junioren Bundesliga West pula, ada 3 buah liga yang menjadi komponen utama seperti dibawah;

  • Verbandsliga Mittelrhein
  • Verbandsliga Niederrhein
  • Westfalenliga

Juara setiap liga layak ke saingan A-Junioren Bundesliga West secara automatik. (3 pasukan akan naik ke A-Junioren Bundesliga West)

3. A-Junioren Bundesliga South/Southwest

Saingan ini pula mempunyai komponen liga yang paling banyak dimana ada 4 buah liga dibawahnya seperti;

  • Regionalliga Southwest
  • Hessenliga
  • Oberliga Baden-Württemberg
  • Bayernliga

Juara Bayernliga dan Oberliga Baden-Württemberg layak ke saingan A-Junioren Bundesliga South/Southwest secara automatik. Juara liga Regionalliga Southwest dan Hessenliga akan berentap mencari 1 lagi slot. (3 team akan naik ke A-Junioren Bundesliga South/Southwest).

Dimana Pasukan SGV Freiberg U19 Berada Sebenarnya?

Seperti yang ramai sudah sedia maklum, Annil Vigneshwaran beraksi bersama kelab SGV Freiberg U19.

Nota: Jangan keliru dengan SC Freiburg kerana ini adalah kelab yang berbeza walaupun nama hampir sama.

SGV Freiberg U19 ini beraksi dalam saingan EnBW (En-Baden-Württemberg) Oberliga Junioren, dan jika diperhatikan kelab ini berada dibawah A-Junioren Bundesliga South/Southwest.

EnBW Oberliga Junioren ini sebenarnya berada dalam hierarki ke-2 liga bola sepak U19 Jerman dan memiliki 1 slot automatik untuk layak ke saingan A-Junioren Bundesliga South/Southwest jika muncul juara liga.

Tinjauan kami dalam laman web rasmi EnBW Oberliga mendapati bahawa pasukan SGV Freiberg U19 kini berada dikedudukan ke 5 liga, mengutip 23 mata dan dipisahkan dengan perbezaan 9 mata dengan pendahulu liga FC Astoria Walldorf.

Perkara yang perlu kita terima adalah;

  • Annil Vigneswaran berada dalam saingan divisyen 2 liga bola sepak U19 Jerman.
  • Dia berada dalam sistem bola sepak remaja Jerman – tier 2 secara keseluruhan.
  • Pasukan senior kelab SGV Freiberg pula beraksi dalam saingan Oberliga Baden-Württemberg iaitu liga divisyen 5 Jerman.

Diharapkan artikel ini akan dapat memberikan sedikit pencerahan kepada semua berkenaan diplatform manakah sebenarnya pasukan Annil Vigneswaran beraksi.

Baca juga artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

‘Suapan’ Bonus Kemenangan RM125,000 Punca Skuad Thailand Menang 3-0 Berdepan Laos.

Worrawoot Srimaka Tunai Nazar Lari Keliling Padang ’10 Round’ Selepas Menang Dengan Laos.

Tiket Vietnam Lawan Jepun ‘Sold-Out’ 28 Minit, Paling Murah RM91 Sehingga RM220 Sekeping!