Buriram United memang cukup terkenal dengan jualan merchandise terutamanya jersi kelab mereka yang mampu meraih jualan yang sangat banyak berbanding kelab-kelab lain dirantau Asia Tenggara khususnya.

Ketika aktiviti bola sepak terhenti beberapa bulan, mereka bukan sahaja mengambil inisiatif membantu menghasilkan barangan keperluan untuk frontliners seperti pembuatan PPE, pelindung muka dan sebagainya tetapi mereka juga berjaya menggunakan ‘resources’ sedia ada untuk menjual barangan rasmi kepada peminat.

Mengikut kemaskini yang dibuat oleh akaun Twitter All Thai Football, Buriram United telah menggunakan pemain-pemain mereka untuk mempromosikan jualan jersi kelab melalui laman sosial pemain-pemain sendiri.

42761201_1876951982387558_5680442742606397440_o

Dengan pembelian menggunakan platform ini, Buriram United membuka tawaran yang jarang untuk dilepaskan oleh para penyokong dimana setiap pembelian jersi akan disertakan dengan nameset pemain serta dibenarkan untuk request pemain menandatangani autograf pada jersi tersebut.

Melalui teknik sebegini, Buriram United mensasarkan untuk menjual sekitar 20,000 hingga 30,000 helai jersi sepanjang ‘cuti’ yang disebabkan oleh penularan wabak COVID-19.

Bukti jelas dari teknik pemasaran sebegini ditunjukkan oleh pemain Buriram United ini – Sasalak Haiprakhon yang ‘menayangkan’ resit jualan sebanyak 2,200 helai jersi yang dibeli oleh peminat melalui laman sosial beliau.

Sehelai jersi dijual dengan harga THB690 atau RM95, ini bermakna Sasalak berjaya membawa masuk sebanyak RM209,000 kepada Buriram United. Untuk pengetahuan juga, Buriram United tidak memotong gaji para pemain mereka sepanjang tempoh penangguhan liga dan mereka menggunakan cara ‘halus’ ini untuk mencari pendapatan.

Dengan sasaran kelab untuk menjual sehingga 30,000 helai jersi sepanjang tempoh 6 bulan penangguhan liga sejak bulan Mac 2020 yang lalu, Buriram United dijangka tidak berdepan masalah besar untuk mencapai sasaran tersebut dan bakal meraih hasil jualan sekitar THB20.7 juta atau RM2.85 juta!

Nampaknya semua pihak di Buriram United berpadu tenga diantara satu sama lain untuk mencari pendapatan kelab ketika dilanda kesukaran sebegini dan dalam masa yang sama menerima gaji penuh tanpa sebarang pemotongan. Power!

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

Lihat Visual Padu Rekaan Lelaki Ini Untuk ‘Redevelopment of SSINS’ Kuala Terengganu Yang Dipandang Sepi Oleh Pihak Atasan

Luqman Hakim Sah Diuruskan Oleh Ejen Berpangkalan Di London, EL-EF Sport Bakal Terokai Peluang Untuk Penyerang Muda Malaysia

Tonton Temu Bual Eksklusif Bersama Omar Raiyan Kama Azlan, Pemain Remaja Malaysia Bersama Kelab Red Star Belgrade