Berikut senarai 30 pemain dipanggil ketua jurulatih skuad B-19 kebangsaan, Brad Maloney untuk ke kem latihan pusat Fasa 2 selama empat minggu di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Isnin, 3 Ogos 2020 hingga 30 Ogos 2020 sebagai persediaan bagi menghadapi Pusingan Akhir Kejuaraan B-19 AFC 2020 yang akan berlangsung di Uzbekistan dari 14 hingga 31 Oktober 2020.

Seramai 26 pemain daripada senarai 35 pemain yang dipanggil pada kem latihan pusat Fasa 1 dari 6 hingga 26 Julai 2020 telah dipanggil semula untuk mengikuti kem latihan pusat Fasa 2 ini.

Penjaga gol, Syahmi Adib Haikal Mohd Shukri dari pasukan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) B-17 yang dipanggil pada minggu terakhir kem latihan pusat Fasa 1 sebelum ini turut disenaraikan Maloney bagi kem latihan pusat Fasa 2 ini bersama-sama tiga pemain baharu iaitu penjaga gol, Ahmad Irfan Ibrahim dari Terengganu FC; pemain tengah, Ziad Al Basheer Norhisham dari AMD B-17 dan penyerang, Luqman Hakim Shamsudin dari Selangor.

Maloney masih dalam proses penilaian pemain sebelum meneruskan kem latihan pusat Fasa 3 pada September 2020 bagi memilih senarai akhir 23 pemain yang akan ke Uzbekistan.Pada pusingan akhir di Uzbekistan nanti, Malaysia akan membuka tirai saingan Kumpulan D bertemu Tajikistan pada Jumaat, 16 Oktober 2020 diikuti aksi kedua menentang Qatar pada Isnin, 19 Oktober 2020 dan seterusnya aksi terakhir kumpulan berdepan Yemen pada Khamis, 22 Oktober 2020. Ketiga-tiga perlawanan dijadual berlangsung di Stadium AGMK, Olmalik.

SENARAI-HARIMAU-MALAYA-B-19-02

Kumpulan A menampilkan tuan rumah Uzbekistan, Indonesia, Kemboja dan Iran; Kumpulan B dibarisi Republik Korea, Jepun, Iraq dan Bahrain manakala Kumpulan C diisi oleh Arab Saudi, Australia, Vietnam dan Laos.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan (8 pasukan) seterusnya akan layak ke suku akhir yang mana jika Malaysia berjaya muncul juara Kumpulan D, lawan adalah naib juara Kumpulan C (Arab Saudi, Australia, Vietnam atau Laos) dan jika Malaysia naib juara Kumpulan D, lawan adalah juara Kumpulan C (Arab Saudi, Australia, Vietnam atau Laos).

Seterusnya, empat pasukan yang berjaya melangkah ke separuh akhir akan secara automatik layak ke Piala Dunia B-20 2021 di Indonesia. Namun jika Indonesia menjadi salah satu pasukan yang ke separuh akhir, maka satu lagi slot tambahan akan diberikan yang mana ia akan direbut oleh empat pasukan yang kalah pada suku akhir menerusi perlawanan playoff.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Program ‘Local Giant’ Oleh Selangor FA Berjaya Tarik 45 Penaja SME Bernilai RM700,000 Bagi Musim 2020

Terpaksa ‘Mengemis’ RM345 Minta Bayaran Rekaan Grafik Global FC, Pemilik Kelab Buat Bodoh Sahaja.

Eksklusif: Gus Cerro Berkongsi Kisah Azizul Kamaludin, Pahang FA Dan Negeri Sembilan Serta Pengalaman Indah Di Malaysia