Pengadil Dean Whitestone melayangkan kad merah bulat semasa perlawanan Piala FA di antara Wrexham dengan Sheffield United.

Ianya antara aksi Piala FA yang berlangsung pada hujung minggu.

Antara perkara yang menarik perhatian peminat selain daripada kehadiran bintang Deadpool, Ryan Reynolds yang menyaksikan kelab miliknya beraksi, peminat juga tertarik dengan layangan kad merah berbentuk bulatan.

Wrexham hampir berjaya ke pusingan seterusnya lebih awal apabila berjaya menjadikan kedudukan 3-2 pada minit ke-86. Namun pasukan pelawat menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan.

Tuan rumah berpendapat bahawa mereka sepatutnya mendapat penalti pada separuh masa kedua, kerana bola terkena tangan. Tetapi perbualan hangat tentang kad merah pada minit ke-71 untuk Jebbison.

Ia disebabkan insiden off the ball, yang membuatkan ramai mempertikaikan sama ada ia sepatutnya dilayangkan kad merah ataupun tidak, terutamanya tanpa VAR dalam perlawanan.

Pengadil, Whitestone mengeluarkan kad merah bulat dan bukannya segi empat tepat seperti selalu.

Ramai peminat keliru, kenapa kad itu bulat?

Malah ada yang memberikan komen: “Tiada yang lebih teruk daripada dibuang padang dengan kad pula berbentuk bulat.”

Ada juga yang menyatakan bahawa mereka mahukan penjelasan, kenapa kad berbentuk bulat?

Sebenarnya, dalam forum pengadil di reddit menyatakan:

Kad merah bulat ataupun berbentuk bujur sebenarnya sudah diperkenalkan sejak dulu lagi untuk membantu pemain yang rabun warna, yang tidak dapat membezakan warna merah dengan kuning.”

“Pemain pemain ini akan mengenali kad amaran mereka menerusi bentuk kad.”

“Selain itu, ia juga boleh membantu pengadil daripada tersilap mengeluarkan kad dari poket mereka ketika mereka mahu mengeluarkannya pada kadar segera.”

“Pengadil boleh merasakan bentuk kad di poket mereka terlebih dahulu.”

Seorang peminat bola sepak menyatakan bahawa, dia pernah melihat kad berbentuk bulat digunakan pengadil satu ketika dahulu. Namun dia tidak pernah cuba mengkaji lebih mendalam tentangnya. Dan menganggap ianya cuma untuk kelainan.

Mungkin dia merujuk kepada perlawanan melibatkan Manchester United yang diadili Uriah Rennie satu ketika dahulu.

Ataupun aksi ini: