Serie A musim ini masih tidak pasti sama ada ianya dapat diteruskan ataupun sebaliknya.

Baru baru ini Juventus dilaporkan enggan dinobat juara sekiranya liga dibatalkan.

Lantas peminat di Itali meminta Serie A memberikan kejuaraan kepada Atalanta jika mereka menamatkan musim lebih awal.

Alasan mereka adalah berhujahkan prestasi cemerlang dan situasi koronavirus di Itali.

Serie A ditangguhkan sejak perlawanan ke-26 yang dimainkan awal Mac yang lalu, Begitu juga dengan liga liga lain di Eropah.

Belgium menjadi liga pertama yang menamatkan liga lebih awal dan menobatkan Club Brugge sebagai juara.

Sementara Liga Scotland dilaporkan akan mengambil langkah yang sama pada Selasa ini.

Itali merupakam negara yang teruk terkena impak covid-19. Mereka adalah negara yang paling banyak kes dan paling banyak kematian kerana koronavirus.

Serie A masih belum memberikan bayangan bagaimana cara mereka akan menamatkan liga pada musim ini. Fokus utama di Itali ketika ini adalah kesihatan awam di negara mereka.

Menurut laman Football Italia, telah diwujudkan satu petisyen menyatakan; andai Serie A tidak lagi dilanjutkan maka Atalanta haruslah dinobatkan menjadi juara scudetto musim 2019-2020.

0_Atalanta-v-ValenciaUEFA-Champions-League19022020

Ada sebab kenapa mereka ingin La Dea yang dinobatkan sebagai juara.

Pertamanya, pasukan bimbingan Gian Piero Gasperini sangat konsisten dalm dua musim terakhir ini.

Ini termasuk kejayaan mereka lolos ke pusingan suku akhir UCL musim ini dengan menyingkirkan Valencia.

Seterusnya mereka merasakan Atalanta adalah kelab yang mewakili bandar Bergamo. Ia salah satu solidariti kepada masyaratak Bergamo.

Bergamo terletak di wilayah Lombardy merupakan bandar yang paling teruk terjejas kerapa koronavirus. Bandar yang sudah mencatatkan lebih 8,700 kematian ataupun lebih separuh daripada kematian keseluruhan di Itali.

Bergamo merupakan bandar yang sangat kecil dengan penduduknya hanyalah sekitar 120,000 sahaja.

Angka kematian itu sangat tinggi untuk mereka dalam masa beberapa bulan ini. Setiap hari mereka melihat pegawai dan petugas khas yang mengembumikan mayat pesakit koronavirus.

Berdasarkan kedudukan semasa di Serie A, Atalanta sedang berada di tangga keempat dengan meraih 48 mata setakat ini. Pastinya jurang mata mereka dengan Juventus sangatlah jauh.

Tetapi peminat berharap kejuaraan kali ini akan selamanya diingati dalam sejarah bola sepak Itali, apabila ia ada kaitan dengan wabak global yang melanda dunia.

Pada 2016, Chapecoense diberikan kejuaraan Copa Sudamericana atas permintaan lawan mereka di final, Nacional.

Chapecoense ketika itu baru sahaja terlibat dalam nahas pesawat yang mengorbankan pemain dan pegawai mereka.