Perlawanan dalam Kumpulan A Kejohanan AFC U19 sudah pun lengkap apabila semua pasukan telah menamatkan 3 perlawanan semalam. Berdasarkan format pertandingan yang telah ditetapkan, Qatar dan Indonesia berjaya menempah tempat ke pusingan suku akhir.

Namun ada juga yang masih kurang jelas bagaimana sistem pengiraan yang digunakan bagi menentukan kedudukan pasukan dalam saingan peringkat kumpulan.

Persamaan Qatar, Indonesia Dan UAE

Ketiga-tiga pasukan ini telah berjaya mencatat 1 keputusan menang dan 1 lagi tewas seperti dibawah:

Nota: Keputusan perlawanan ketiga-tiga pasukan diatas bertemu Chinese Taipei tidak diambil kira kerana tidak berkaitan untuk menentukan kedudukan pasukan pada tahap ini.

  • Qatar: Menang keatas Indonesia 6-5, tewas kepada UAE 1-2
  • Indonesia: Menang keatas UAE 1-0, tewas kepada Qatar 5-6
  • UAE: Menang keatas Qatar 2-1, dan tewas kepada Indonesia 1-0

Dari keputusan 2 perlawanan diatas, kita dapat memerhatikan bahawa;

  • Qatar mempunyai 3 mata, menjaringkan 7 gol dan bolos 7 gol.
  • Indonesia pula memiliki 3 mata, menjaringkan 6 gol dan bolos 6 gol
  • UAE juga mempunyai 3 mata, menjaringkan 2 gol dan bolos 2 gol.

Kriteria ‘Head-to-Head’ Yang Ditetapkan Oleh AFC

Berdasarkan perkara ke-9 ‘Competition System’ merujuk kepada artikel 9.3.2.1 dibawah tajuk ‘Head-to-Head criteria’, berikut adalah cara untuk menentukan kedudukan pasukan yang terikat dalam sesebuah kumpulan di kejohanan AFC U19.

indonesia layak suku akhir afc u19

Jelas ditunjukkan dalam gambar diatas bahawa ada 3 perkara untuk menentukan kedudukan pasukan berdasarkan sistem Head-to-Head.

  1. Jumlah mata paling tinggi dikutip dari perlawanan dengan pasukan berkaitan.
  2. Jumlah perbezaan gol yang paling tinggi dari perlawanan dengan pasukan berkaitan.
  3. Jumlah gol yang dijaringkan dari perlawanan dengan pasukan berkaitan.

Qatar Dan Indonesia Layak Berada di Top 2 Kumpulan A

Dari maklumat keputusan perlawanan diantara pasukan yang terlibat dan membandingkannya dengan ‘Head-to-Head’ kriteria kejohanan AFC U19 yang telah ditetapkan oleh pihak AFC, jelas Qatar dan Indonesia berjaya berada di Top 2 Kumpulan A mengetepikan UAE.

Oleh kerana perbezaan gol ketiga-tiga pasukan adalah sama iaitu 0, maka Qatar muncul sebagai juara Kumpulan A apabila menjaringkan 7 gol dan Indonesia selaku naib juara apabila menjaringkan 6 gol – mengikut kriteria ‘Head-to-Head’ seperti diatas.

Indonesia akan berentap dengan juara bertahan Jepun pada peringkat suku akhir manakala Qatar pula menanti naib juara Kumpulan B.