Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Selepas tamat Toyota Thai League musim 2018, dilaporkan banyak kelab dari Thailand sudah mula menghubungi beberapa pemain Myanmar untuk beraksi bersama mereka bagi musim akan datang.

Menurut kemaskini dari media Thailand di laman sosial Twitter, sebab utama kelab-kelab Thailand berminat dengan pemain dari Myanmar adalah sambutan yang luar biasa dari rakyat Myanmar yang mengejutkan mereka.

Dpw_bI_UUAAkw6_

Mengambil contoh kelab Police Tero FC yang membawa pemain tersohor Yadanarbon FC, Aung Thu secara pinjaman musim 2018, telah berjaya menaikkan 36% purata kehadiran penonton berbanding musim 2017.

Selain itu, pasukan Police Tero FC juga berjaya melonjakkan lagi jualan jersi kelab dengan nama Aung Thu dan ini banyak membantu kelab mengukuhkan lagi kestabilan kewangan.

Musim 2018, Police Tero FC mencatatkan kehadiran penonton ke stadium seramai 41,972 orang dengan purata sebanyak 2,469 orang setiap perlawanan.

Jika dibandingkan dengan musim 2017 – pada musim ini Police Tero FC dikenali dengan nama BEC Tero Sasana, mencatatkan jumlah kehadiran penonton ke stadium seramai 30,876 orang dengan purata 1,816 orang.

Begitu juga dengan sebuah lagi kelab dalam Thai League 1, PT Prachuap yang mempunyai seorang pemain dari Myanmar, Nanda Lin Kyaw Chit.

Musim 2018, PT Prachuap mencatatkan peningkatan paling tinggi berbanding semua kelab apabila kehadiran penonton meningkat sebanyak 165%. Mengikut rekod, musim 2018 PT Prachuap mencatatkan kehadiran 65,281 orang dengan purata 3,840 orang.

10 Pemain Myanmar Bakal Beraksi Dalam Liga Bola Sepak Thailand 2019

Terbaru, 2 pemain skuad kebangsaan Myanmar – Zaw Min Tun, 26 tahun dari Yangon United dan Siu Thu Aung, 21 tahun dari Yadanarbon, sah telah ditandatangani oleh kelab gergasi Thailand, Chonburi FC.

Berdasarkan ‘rumours’ yang berlegar dikalangan media sukan Thailand, pada musim 2019 nanti djangka sekitar 10 pemain dari Myanmar akan beraksi dalam kancah bola sepak Thailand dan ini pastinya akan menguatkan lagi keupayaan skuad kebangsaan mereka di masa hadapan.

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group