Malam ini skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) akan berdepan dengan pasukan Vissel Kobe dalam aksi pembukaan perlawanan peringkat kumpulan G, AFC Champions League 2020 di Noevir Stadium.

Namun, ketiadaan Liridin Krasniqi dalam skuad JDT mungkin menimbulkan persoalan buat segelintir penyokong bola sepak JDT khususnya serta penyokong bola sepak Malaysia lain yang mengikuti perkembangannya.

Secara umumnya, AFC Champions League mempunyai 3 jendela pendaftaran pemain iaitu;

  1. Pendaftaran pemain bagi pasukan yang terbabit dengan pusingan kelayakan play-off dan play-off AFC Champions League.
  2. Pendaftaran pemain bagi pasukan yang layak ke peringkat kumpulan hingga pusingan kalah mati 16 terbaik.
  3. Pendaftaran pemain bagi pasukan yang layak ke pusingan suku akhir dan seterusnya.

EQgM1mzUEAE3zDg

Seperti yang kita semua maklum, Liridon Krasniqi secara rasmi menerima kerakyatan Malaysia kurang dari 2 minggu yang lalu iaitu pada 3 Febuari 2020.

Jendela Pendaftaran Pemain AFC Champions League

Menurut, peraturan kejohanan AFC Champions League 2020 yang dikeluarkan oleh pihak AFC menetapkan bahawa, tarikh tutup pendaftaran pemain-pemain bagi pasukan yang akan bersaing dalam peringkat kumpulan adalah 30 hari sebelum tarikh sepak mula perlawanan pertama.

Oleh itu, 12 Januari 2020 adalah tarikh akhir pendaftaran pemain-pemain dimana AFC menetapkan minimum 18 pemain dan maksimum 30 pemain dengan menggunakan nombor 1 hingga 99.

Screenshot 2020-02-11 at 11.06.47 PM

Pendaftaran tersebut akan digunapakai dari perlawanan pertama peringkat kumpulan sehingga perlawanan peringkat kalah mati 16 pasukan terbaik, melainkan ada sesuatu yang berlaku sehingga memaksa penambahan masuk pemain baru dan perlu mengikut proses yang telah ditetapkan AFC.

Screenshot 2020-02-11 at 11.11.33 PM

Berdasarkan peraturan yang dibuat oleh pihak AFC untuk kejohanan AFC Champions League itu, Liridon Krasniqi mungkin hanya boleh didaftarkan masuk ke dalam skuad sekiranya JDT layak ke peringkat suku akhir.

Baca juga artikel lain berkaitan JDT di AFC Champions League yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Vissel Kobe: JDT Tidak Boleh Dipandang Sebelah Mata, Diramal Guna Formasi 3-4-2-1 Serta ‘Takumi’ Iniesta-Douglas Kunci Utama

ACL 2020: Ramalan Kesebelasan Utama JDT Dan Vissel Kobe

Thomas Vermaelen Tegaskan Vissel Kobe Tidak Punya Sasaran Khusus Dalam ACL 2020

Sumber