Sejurus tamat perlawanan akhir Piala Malaysia 2018, rata-rata peminat bola sepak Malaysia jelas mahu 2 pemain dalam aksi itu disenaraikan untuk skuad kebangsaan ke kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 – Brendan Gan (Perak) dan Faiz Nasir (Terengganu).

Ramai yang kecewa apabila ketua jurulatih skuad negara mengeluarkan kenyataan bahawa kedua-dua pemain itu tidak akan menyertai kejohanan Piala AFF Suzuki tetapi peluang mereka untuk bersama skuad kebangsaan dimasa depan masih terbuka.

“Setakat ini kami telah menyenaraikan 26 pemain jadi mereka mungkin akan mendapatkan pulang mereka di masa yang akan datang.,” katanya dalam Stadium Astro.

Peraturan Pendaftaran Pemain Piala AFF Suzuki 2018

Berdasarkan peraturan kejohanan Piala AFF Suzuki 2018, Perkara 5 – Pendaftaran Pemain & Pegawai, Artikel 5.2 -‘Home & Away Final Round Group Competitions, Home & Away Semi-Finals and Final Matches.‘ menyebut bahawa;

  • Setiap pasukan perlu mendaftaran tidak lebih dari 50 orang pemain selewat-lewatnya 30 hari sebelum perlawanan pertama peringkat kumpulan.
  • Senarai 23 pemain terakhir setiap pasukan yang diambil dari senarai 50 orang pemain diatas, perlu didaftarkan ketika mesyuarat pengurus pasukan sehari sebelum perlawanan.

Screen Shot 2018-10-31 at 1.06.18 PMMengikut apa yang tertulis dalam peraturan ini, senarai 50 pemain awal perlu dihantar pada 8 Oktober 2018.

Dari senarai yang dihantar itu, FAM telah memilih 26 pemain terakhir yang akan terlibat dengan perlawanan persahabatan bertemu Maldives, seterusnya ke kejohanan Piala AFF Suzuki.

Perlawanan persahabatan menentang Maldives, 3 November ini merupakan peluang terakhir kepada 26 pemain yang dipanggil untuk membuktikan kemampuan mereka sebelum Cheng Hoe mengumumkan 23 pemain terbaik membawa cabaran negara di Piala AFF Suzuki.

Dibawah adalah peraturan yang ditetapkan dalam kejohanan Piala AFF Suzuki untuk menggantikan pemain dalam senarai 23 terakhir.

Screen Shot 2018-10-31 at 1.27.09 PM Screen Shot 2018-10-31 at 1.27.18 PM

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe, kemungkinan besar nama 2 pemain Brendan Gan dan Faiz Nasir tiada dalam senarai 50 pemain yang dihantar pada 8 Oktober 2018 bagi membolehkan nama kedua-dua dipanggil menyertai skuad.