Benfica berjaya pintas PSG untuk menjadi jura kumpulan H. Ianya salah satu kejutan yang menarik dalam edisi UCL kali ini.

Dan ianya sekaligus meletakkan PSG dalam kedudukan untuk berdepan dengan pasukan gergasi eropah lain lebih awal pada pusingan 16 akhir.

Ini kerana pasukan di tangga kedua akan berdepan dengan juara kumpulan dari kumpulan lain.

Prestasi Benfica itu turut disamakan dengan Napoli ketika berjaya mengatasi Liverpool untuk menjadi juara kumpulan A. Namun memandangkan prestasi PSG sangat cemerlang berbanding Liverpool di peringkat domestik, maka Benfica dianggap membuat kejutan lebih besar.

Sebelum memasuki hari perlawanan terakhir, PSG masih di tangga teratas, Benfica di kedudukan kedua. Bagaimanapun, Benfica masih mempunyai peluang untuk memintas PSG,  jika mereka menang besar.

Dan tiada siapa yang dapat merasakan perkara itu akan berlaku. Namun itulah yang berlaku.

PSG menewaskan Juventus 2-1, Benfica menewaskan Maccabi Haifa dengan jaringan besar 6-1. Dengan dua keputusan ini, mata dan perbezaan gol antara PSG dan Benfica adalah sama.

Kedua-dua pasukan telah memenangi 14 mata daripada 6 perlawanan. Kedua-duanya juga menjaringkan 16 gol, bolos 7 gol, jadi dengan perbezaan 9 gol.

Dua perlawanan PSG vs Benfica dalam fasa kumpulan kedua-duanya berakhir dengan keputusan 1-1.

Benfica pintas PSG

Iaitu, status pemenang kumpulan ditentukan oleh jumlah gol di tempat lawan. Benfica menjaringkan 9 gol di tempat lawan pada peringkat kumpulan, PSG dengan jumlah 6 gol di tempat lawan.

Itulah sebabnya Benfica mempunyai hak untuk menjadi juara kumpulan. Lalu Benfica pintas PSG pada hari terakhir kerana jaringan besar pada perlawanan terakhir kumpulan.

Kini PSG akan bertemu dengan salah sebuah daripada pasukan berikut iaitu Manchester City, Bayern Munich, Real Madrid, Napoli, Chelsea, Spurs atau Porto.

PSG masih menjadikan UCL sebagai sasaran utama mereka di bawah pemilikan Qatar di kelab itu.

Sudah beberapa pengurus dipecat sebelum ini kerana gagal memberikan trofi Liga Juara Juara Eropah kepada PSG.

Musim ini, PSG tampil cemerlang sekali lagi terutama sekali bintang veteran mereka, Lionel Messi turut kembali kepada prestasi terbaiknya.