Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pemain naturalsasi Malaysia, Guilherme De Paula nampaknya ‘bengang’ apabila dikeluarkan pada minit ke-65, digantikan dengan Luqman Hakim menurut beberapa reaksi wartawan antarabangsa yang berada di Stadium Bishan.

Seperti ciapan yang dibuat oleh Gabe Tan dibawah ini, beliau mengatakan bahawa Guilherme De Paula merenung tajam kearah penyokong Malaysia yang hadir petang tadi sebelum dilihat melampiaskan kekecewaan dengan membaling botol air dibangku simpanan.

Mungkin ada perkara yang beliau tidak berpuas hati dengan penyokong tambahan lagi gagal menjaringkan gol selain aksi diatas padang yang tiada impak berbanding selepas belau dikeluarkan.

Ketika sesi sidang media sejurus selepas perlawanan itu tadi, Tan Cheng Hoe ditanya mengenai apa yang berlaku kepada Guilherme De Paula dan ini reaksi ketua jurulatih Malaysia.

“Sebagai seorang jurulatih, saya rasa kita akan ‘handle‘ perkara ini. Pastinya dia telah memberikan yang terbaik dalam latihan dan sangat komited tetapi kadang-kadang disebabkan oleh frustration mendapatkan jaringan.

“Saya yakin De Paula cukup matang untuk mengawal situasi ini, dan saya harap dia akan memberikan motivasi yang baik, contoh kepada pasukan. Saya percaya dia bersedia untuk perlawanan seterusnya.”

Skuad Malaysia membuka tirai kempen AFF Suzuki Cup 2020 dalam kumpulan B dengan kemenangan 3-1 keatas pasukan Kemboja dan akan turun berdepan pasukan Laos pada 9 Disember nanti.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Bimbang Padang ‘Barai’ Punca Penganjur Tidak Benarkan Pasukan Buat Latihan Rasmi Di Stadium

Jurulatih Vietnam Dedahkan Pemain ‘Naik Muak’ Makan Ayam Dan Ikan, Mahu Daging Babi Dalam Menu Harian

Pengurus Skuad Thailand Tenang ‘Tabur’ Bonus RM2.5 Juta Jika Muncul Juara AFF Suzuki Cup 2020

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group