Selepas pelancaran secara rasmi jersi baharu skuad kebangsaan Malaysia tengahari tadi, dapat diperhatikan bahawa rata-rata majoriti penyokong Harimau Malaya melontakan reaksi yang boleh dikatakan kurang berpuas hati dengan rekaan jersi tersebut.

Dari maklum balas yang diterima melalui komen dilaman sosial terutama Facebook dan juga Twitter, tanpa berselindung para penyokong setia meluahkkan rasa tidak senang kepada kedua-dua jersi home dan away, dan ada juga yang membandingkan dengan rekaan dari jenama yang sama untuk negara-negara lain.

Berikut adalah beberapa komen reaksi penyokong mengenai jersi baru home dan away yang dilancarkan hari ini.

FB Komen

FB Komen 2

Walau bagaimanapun, dari  sudut rekaan dan sebagainya ini pasti tidak akan habis jika diperkatakan namun, apa yang lebih penting adalah prestasi pasukan diatas padang lebih-lebih lagi skuad Tan Cheng Hoe bakal mengharungi baki kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 tidak lama lagi.

Siapa sangka dengan jersi ini, Malaysia mampu layak ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2022 dan layak ke Piala Asia 2023 secara automatik seterusnya jersi ini bakal menjadi memoribilia hebat dalam sejarah bola sepak kita. Semuanya mungkin.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

RASMI: Jersi Baharu Skuad Kebangsaan Dilancarkan, Refleksi Budaya Ekspresif Dan Penghormatan Tradisi Harimau Malaya

Ciri-Ciri Menarik Jersi Terbaru Skuad Harimau Malaya

Pemegang Rekod Gol Paling Banyak AFC Cup, Bienvenido Maranon Bakal Muncul Pemain Naturalisasi Terbaharu Filipina